Kenaikan Inflasi & Penetapan Kadar ECB, Apa Kaitannya?

61

Seorang penganalisis ekonomi dari German menggesa Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar faedah polisi Zon Eropah, selepas harga pengguna (inflasi) meningkat lebih pantas dari jangkaan pada Disember.

Inflasi Meningkat

Dalam data yang dikeluarkan pada Rabu, kadar inflasi Zon Eropah mencatatkan kenaikan dari segi tahunan ke paras 1.1% pada Disember dari kadar 0.6% November lepas. Kadar inflasi yang mengira harga pengguna ini (Consumer price index, CPI) juga melebihi jangkaan pasaran 1.0%.

Bacaan yang dicatatkan itu, adalah yang tertinggi sejak September 2013, dan juga kali pertama berada di atas 1.0% sejak tiga tahun lalu. Manakala kadar teras inflasi (Core-CPI) pula meningkat ke paras 0.9% dari 0.8%.

Usaha Menaikkan Inflasi

European Central bank (ECB) mensasarkan kadar inflasi 2%, tetapi gagal mencapai sasaran ini sejak beberapa tahun lalu. Dalam tempoh itu, ECB berusaha menaikkan inflasi dengan membeli bon kerajaan setiap bulan untuk menambahkan lebih wang ke dalam sistem kewangan Eropah untuk memberi tekanan kenaikan harga.

Dalam mesyuarat ECB sebelum ini, bank pusat yang membuat keputusan untuk meneruskan program pembelian bon selepas tempoh semasa program berakhir pada Mac 2017. ECB mengurangkan pembelian bonnya dari 80 bilion euro kepada 60 bilion euro bermula April 2017 sehingga hujung tahun yang sama.

Gesaan Menaikkan Kadar Faedah

Bagi Penganalisis ekonomi di Deutsche Bank, “Sudah sampai masanya untuk polisi ‘normalization‘.” Normalization di sini bermaksud, kenaikan kadar faedah.

Seorang lagi penganalisis berpendapat bahawa, semakin cepat Eropah mencapai sasaran inflasi 2%, semakin pantas juga ECB menaikkan kadar faedah, dan pelanggan sektor perbankan di Eropah juga akan mendapat manfaat.

Masih awal bagi ECB menaikkan kadar

Secara keseluruhan, ECB dijangka akan menungggu lebih data untuk melihat perkembangan pergerakan inflasi di Zon Eropah sebelum membuat keputusan kenaikan kadar.

Bulan November yang lalu Draghi pernah mengatakan, ECB akan terus menggunakan mandat yang ada untuk mencapai sasaran inflasi 2.00%. Ini menggambarkan pihak bank perlu berusaha agar kadar inflasi bergerak dalam keadaan menaik dan kukuh secara berterusan supaya tidak hanya mencapai sasaran itu, dengan risiko untuk menyusut semula.

Menaikkan kadar terlalu cepat akan memberi risiko kepada penyusutan semula inflasi kepada kadar yang lebih rendah, dan ECB dijangka hanya akan mempertimbangkan kenaikan kadar jika inflasi menghampiri kadar 2% yang disasarkan selama ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat