Kenaikan Kadar Agresif Dalam Pertimbangan? 2 Suara Terbaru Ahli The Fed Jadi Perhatian!

401

Kenyataan terbaru dalam kalangan para penggubal the Fed telah menyatakan sokongan kenaikan yang besar dalam kadar faedah bagi kenaikan seterusnya. Presiden Bank Rizab Persekutuan Cleveland, Loretta Mester pada hari Selasa menyokong untuk kenaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata bagi sesi berikutnya dan akhirnya kadar perlu meningkat melebihi 2.5% untuk mengekang inflasi yang tinggi.

Pada masa yang sama, katanya, beliau tidak percaya kenaikan kadar oleh the Fed adalah untuk memperlahankan permintaan untuk buruh dan mengekang bekalan sehingga mendorong ekonomi ke dalam kemelesetan yang berterusan.

Selain beliau, Presiden Fed New York John Williams juga menyatakan sokongan kenaikan 50 mata asas dengan menyatakan “Saya fikir kenaikan 50 mata asas adalah suatu yang masuk akal sama seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Powell,” kata Williams kepada pemberita selepas ucapan pada persidangan ekonomi yang dianjurkan oleh bank pusat Jerman di Eltville am Rhein, Jerman.

Bank pusat minggu lepas menaikkan kadar pinjaman semalaman penanda arasnya sebanyak setengah mata peratusan kepada julat sasaran antara 0.75% dan 1%, dan sejak itu menandakan kenaikan bersaiz serupa mungkin berlaku pada dua mesyuarat dasar seterusnya pada bulan Jun dan Julai.

The Fed kini sedang bergelut dalam melawan inflasi yang telah melonjak ke paras tertinggi 40 tahun. Ditambah pula ketidakpastian yang tercetus akibat konflik peperangan Rusia-Ukraine dan penutupan kilang di China akibat penularan Covid-19.

Williams mengharapkan pasaran buruh yang kekal kukuh dan sihat secara amnya apabila inflasi turun, walaupun kadar pengangguran akan meningkat.

Akhir sekali Fed Williams menjangkakan bahawa ukuran inflasi utama Fed, indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras akan jatuh daripada 5.2% kepada 4% pada akhir tahun ini sebelum jatuh kepada sekitar 2.5% pada 2023. Laporan kerajaan A.S. pada hari Rabu dijangka menunjukkan inflasi harga pengguna perlahan sedikit pada bulan April, yang akan menjadi tanda bahawa inflasi telah capai paras puncak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat