Kenaikan Stok Minyak AS Beri Tamparan Buat Emas Hitam

247

Dagangan minyak kembali stabil setelah menjunam rendah pada sesi sebelum ini berikutan peningkatan dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat dan kebimbangan terhadap kenaikan bekalan dari Iran.

Terbaru, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 1.3 juta tong pada minggu lalu.

Ini menyusuli kenaikan yang dilaporkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) yang melaporkan bekalan minyak meningkat sebanyak 620,000 tong.

Harga minyak yang sebelum ini telah terkesan dengan laporan mengenai perkembangan positif dalam hubungan Iran dan AS, jatuh lebih rendah susulan data terbaru oleh EIA.

Dagangan WTI Amerika Syarikat stabil di sekitar $3.50 setong, setelah mencatat kejatuhan 3.3pada Rabu. Sementara minyak mentah Brent pula diniagakan pada $66.74 setong, susulan penurunan 3% pada sesi sebelum ini.

Iran dan AS dilaprokan telah membuat kemajuan dalam menghidupkan semula perjanjian yang menyekat pembangunan senjata nuklear negara Iran, yang akan meningkatkan bekalan minyak mentah.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, harga minyak masih tinggi setelah meningkat sekitar 30% pada tahun ini susulan pemulihan yang ditunjukkan dalam permintaan bahan bakar global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat