Kenali 3 Forex Trader Wanita Terkemuka Dunia

1,138

Sering kita dengar bahawa forex trading hanya dipelopori oleh kaum lelaki. Jadi, kaum wanita tak boleh trade forex ke? 3 figura wanita hebat ini telah membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah salah.

1. Kathy Lien

Setelah memperoleh ijazah di New York University Stern School of Business, Kathy mula bekerja di Wall Street walapun ketika itu beliau baru sahaja berusia 18 tahun. Beliau meluangkan masa selama 13 tahun dalam pasaran kewangan dan menfokuskan kepada matawang G20.

Beliau banyak melibatkan diri dalam pelbagai instrumen forex termasuk forex spot, opsyen, kadar faedah derivatif, bon, ekuiti dan kontrak niaga hadapan.

Seterusnya, pada 2003, Kathy menyertai FXCM dan membantu untuk merangka DailyFX.com, portal kajian Forex yang terkemuka. Sebagai seorang trader wanita yang pakar dan ketua strategi, beliau telah mengendalikan sekumpulan penganalisis dalam menyediakan penyelidikan dan ulasan mengenai pasaran forex.

Selain itu, beliau telah berpindah ke Global Futures & Forex Ltd dan berkhidmat sebagai pengarah kajian matawang.

Di samping itu, Kathy sering menjadi rujukan dalam platform media termasuk Bloomberg, Reuters, The Wall Street Journal, dan banyak lagi.

Figura hebat ini juga menerbitkan buku best-selling antarabangsa yang bertajuk ‘Day Trading and Swing Trading in The Currency Market’ yang disertakan dengan penerbitan keduanya, ‘The Little Book of Currency Trading and Millionaire Traders : How Everyday People Beat Wall Street at its Own Game’.

Kedua-dua buah buku tersebut adalah berdasarkan pengalamannya dalam membangunkan strategi trading yang menggunakan analisis cross market serta kajian terhadap pasaran dalam meramalkan data ekonomi.

Beliau juga merupakan salah seorang penyumbang kepada laman web terkemuka, Fxstreet.com.

Kini, Kathy menjadi pengarah urusan FX Strategy untuk BK Asset Management dan pengasas bersama BKForex.com.

2. Raghee Horner

Raghee  didedahkan tentang pasaran ketika berusia 15 tahun. Beliau mula mencatat perkembangan mutual fund yang dimiliki menggunakan kertas graf kejuruteraan.

Beliau telah membuat satu perjanjian dengan ibunya. Beliau boleh mendapatkan pekerjaan sambilan jika mampu melaburkan sebanyak 25% daripada mutual fund tersebut. Oleh yang demikian, ibunya telah membantu  untuk memahami aspek penting dalam carta.

Jadi, beliau mula berminat dan meneliti diskaun pasaran, berita dan analisis fundamental.

Kini, Raghee merupakan salah seorang penyumbang kepada John Carter’s Simpler Trading. Beliau menfokuskan kepada Forex, matawang ETF dan niaga hadapan.

Kemahirannya dalam analisis teknikal dan fundamental telah mendorong kejayaannya sebagai seorang forex trader.

Di samping itu, Raghee merupakan pencipta kepada kaedah gelombang 34 EMA yang terkenal. Kaedah tersebut menyediakan beberapa aplikasi yang boleh ditemui dalam pelbagai kajian di Forex Factory.

3. Linda Raschke

 

Linda mula menceburkan diri dalam bidang trading pada awal tahun 1980-an ketika bekerja sebagai penganalisis pasaran dalam pemilihan saham.

Selain itu, beliau bekerja di Bursa Saham Pacific Coast dan Bursa Saham Philadelphia selama 6 tahun sebelum bekerja sebagai trader sepenuh masa.

Kini, Linda merupakan presiden LBRGroup Incorporated, yang menjadi penasihat untuk urusniaga komoditi dan LBR Asset Management sebagai pengendali pool commodity.

Di samping itu, beliau juga banyak melibatkan diri dalam beberapa organisasi seperti Managed Futures Association dan Bloomberg serta menulis sebuah buku tentang strategi trading.

Beliau yang begitu berpengalaman dalam trading merupakan seorang veteran dalam kajian teknikal Wolfe Wave.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja boleh bergelar forex traders tidak kira lelaki mahupun wanita. Jadi, isu jantina tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk mula trade forex.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat