Kenali 7 Pelabur Muda Terkemuka Dunia

938

Masih ragu-ragu untuk melabur? Mungkin 7 golongan muda ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anda mula melabur!

1. Ryan Israel

Ryan Israel merupakan seorang rakan kongsi di Pershing Square Capital yang berusia 29 tahun. Sebelum memulakan kerjayanya di firma berkenaan, beliau telah bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di Goldman Sachs.

Selain itu, beliau adalah graduan dalam bidang ekonomi dari Wharton School. Oleh disebabkan minatnya yang mendalam terhadap pelaburan, Ryan menjadikan Warren Buffett sebagai idolanya.

Seterusnya, Ryan sangat memainkan peranan penting dalam pelaburan hedge fund di Burger King dan pengambilalihan Tim Horton sebagai strategi penjimatan cukai.

2. Sam Altman

Sam Altman ialah pengasas bersama Loopt, sebuah rangkaian sosial yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka dengan rakan-rakan. Rangkaian tersebut telah dibiayai oleh Y Combinator yang melantik Sam sebagai presiden mereka.

Di samping itu, Y Combinator merupakan syarikat venture capital yang telah melabur di lebih 800 syarikat seperti Airbnb, Dropbox, Reddit, Pinterest, WePay dan banyak lagi.

3. Alex Banayan

Alex Banayan merupakan seorang pelajar universiti yang berumur 22 tahun dan bekerja di Alsop Louis Partners, sebuah syarikat venture capital. Ketika berusia 19 tahun, beliau telah dikenali sebagai kapitalis venture termuda!

Berdasarkan pengalamannya dan temu bual bersama figura hebat terkemuka dunia seperti Bill Gates, beliau telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘The Third Door’.

4. Katherine Chan

Katherine Chan merupakan bekas pelajar Harvard University dan berpengalaman sebagai penganalisis pelaburan. Seterusnya, beliau menubuhkan sebuah syarikat hedge fund yang diberi nama Anandar Capital.

Sehingga Mac 2015, syarikat tersebut telah mempunyai hampir $400 juta dalam pengurusannya.

5. Brett Berson

Brett Berson merupakan naib presiden di First Round, sebuah syarikat pelaburan. Uniknya, beliau telah memulakan perniagaan tersebut ketika masih menuntut di New York University!

Kini, First Round telah melabur dalam beberapa buah syarikat seperti Birchbox, FlightCar, Uber, ModCloth dan Square.

6. CeCe Cheng

CeCe Cheng merupakan seorang pengarah Dorm Room Found, sebuah projek yang menyediakan pembiayaan kepada pusat pengajian dan memberikan panduan untuk merealisasikan matlamat mereka. Meskipun dana tersebut masih kecil, tetapi telah memiliki beberapa buah syarikat terkemuka dalam portfolionya.

7. Lucy Baldwin

Lucy Baldwin dikenali sebagai ‘next Big Thing’ di Goldman Sachs Group. Beliau yang merupakan graduan ekonomi telah bekerja sebagai penganalisis penggabungan dan pengambilalihan di syarikat berkenaan.

Setelah itu, beliau memutuskan untuk menukar angin dan bekerja dalam bidang penyelidikan ekuiti. Kini, Lucy ialah pengarah urusan Goldman Sachs Eropah serta mengendalikan pasukan penyelidikan ekuiti barangan pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat