Kenali Kripto: Elrond (EGLD)

1,101

Elrond (EGLD) sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat kripto. Mungkin, ada juga diantara pembaca Intraday berminat dengan aset ini berbanding teknologi kripto yang lain.

Apa itu Elrond (EGLD)?

Elrond merupakan sebuah blockchain yang mampu menampung skalabiliti dan sejumlah transaksi yang besar.

Dikatakan teknologi Elrond menerapkan sistem sharding seperti Zilliqa dan mekanisme konsensus Secure Proof-of-Stake (SPoS), menyebabkan rangkaian ini mampu menjalankan sehingga 10,000 transaksi per saat dengan jaminan kelajuan yang tinggi pada kos rendah, $0.001.

Rangkaian ini juga turut menyokong non-fungible token (NFT) dan rangka kerja NFT yang dikenali sebagai Smart Accounts.

Tidak ramai yang tahu, Smart Accounts menyamai akaun di blockchain lain cuma ada sokongan bagi penyimpanan data dalam jumlah yang besar termasuk emel, alamat wallet Bitcoin (BTC), data identiti peribadi, data kesihatan, bukti kerakyatan, maklumat Know-Your-Customer (KYC), dan lain-lain.

Tidak cukup dengan itu, pihak mereka sedang dalam usaha untuk menempatkan Elrond Standard Digital Token (ESDTs) – token yang mewakili 1/ stablecoin yang ditokenkan, 2/ aset sintetik, dan 3/ matawang fiat yang serasi dengan rangkaian tanpa perlu fungsi kontrak pintar.

Keistimewaan Elrond

  • Adaptive State Sharding

Menggabungkan 3 jenis sharding (keadaan, transaksi, dan rangkaian) untuk melajukan dan menjalankan transaksi secara serentak  melalui pemprosesan yang selari.

  • Secure Proof of Stake (SPoS)

Menggunakan teknologi pengkomputeran untuk menjalankan perisian Elrond bagi perlindungan rangkaian, mengesahkan transaksi, dan mengedarkan koin EGLD yang baru.

  • Arwen WASM Virtual Machine (VM)

Atau dikenali sebagai Elrond Virtual Machine direka untuk membangunkan kontrak pintar di platform Elrond. Ia juga serasi dengan Ethereum Virtual Machine (EVM) yang mana bermaksud kontrak pintar Ethereum turut boleh berfungsi di Arwen WASM VM.

Token eGold (EGLD)

EGLD memainkan peranan besar di rangkaian Elrond termasuk digunakan untuk transaksi, kontrak pintar, ganjaran, staking, dan pentadbiran.

Sehingga April 2021, EGLD yang berada dalam bekalan kitaran adalah sebanyak 17.2 juta dan 55.5% daripadanya terkunci dalam protokol sebagai ganjaran staking.

Sementara itu, EGLD baharu akan diedarkan mengikut ketetapan kontrak pintar bagi tempoh masa 10 tahun sehingga bekalan maksima, 31.4 juta EGLD dicapai.

Berdasarkan pemerhatian, jumlah bekalan EGLD yang rendah, penguncian berjadual, dan peratusan koin yang di-stake dianggap sebagai indikator kriptonomik yang positif untuk ketahanan Elrond dalam jangka masa panjang.

Jalinan Kerjasama

  • Samsung Blockchain – Elrond tersenarai dalam Samsung Wallet dan sebagai salah satu daripada DApps.
  • TypingDNA – sebuah firma biometrik yang membantu mewujudkan sekuriti mampan untuk Elrond).
  • Smartbill – penyedia SaaS untuk inventori pengurusan umum.
  • Netopia – firma pemprosesan pembayaran yang terletak di Romania.
  • Distributed System Research Laboratory – sebahagian daripada Technical University of Cluj.

Bagi pelabur yang berminat untuk mendapatkan EGLD, anda boleh berdagang di platform Binance dan KuCoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat