Kenali Kripto: Hedera Hashgraph (HBAR), Pesaing Sebenar Visa & Solana (SOL)!

2,241

Lagi satu teknologi kripto yang semakin mendapat perhatian pelaburnya ialah Hedera Hashgraph (HBAR).

Kalau berminat untuk melabur di dalam teknologi ini, fahamkan dulu latarbelakangnya sebelum membuat pelaburan.

Trivia Hedera Hashgraph (HBAR)

  • Disifatkan sebagai satu-satunya lejar diedarkan tidak berpusat (desentralisasi) yang mengaplikasi mekanisme konsensus hashgraph yang pantas, adil, dan selamat.
  • Dibangunkan oleh Dr. Leemon Baird and Mance Harmon pada 2019.
  • HEDERA
    • Sebuah lejar diedarkan yang menggunakan teknologi hashgraph dan bukannya blockchain yang sinonim dengan kripto.
    • Boleh dibayangkan ia sebagai sebuah graf yang bereaksi, misalnya kelajuan pengesahan transaksi meningkat apabila semakin banyak transaksi berlaku.
    • Boleh juga dianggap sebagai blockchain seperti yang sedia ada tetapi jauh lebih baik dalam aspek penjimatan tenaga, kestabilan, dan keselamatan.
  • HASHGRAPH
    • Pada awalnya dibangunkan untuk kegunaan peribadi yang diwujudkan sebagai rangka DLT oleh Baird. (DLT: distributed ledger technology atau teknologi lejar diedarkan)
    • Merupakan algoritma konsensus diedarkan yang mana nod sentiasa berhubung antara satu sama lain berkaitan informasi.
    • Menawarkan sekuriti dan desentralisasi melalui penggunaan hashing.
  • Secara keseluruhannya, ekosistem Hedera Hashgraph menyerupai Ethereum, boleh menempatkan DApps dan menyokong kontrak pintar.
  • Hedera Hashgraph mampu menjalankan lebih 500,000 transaksi sesaat, mengalahkan Solana (SOL), menjadikan ia pesaing sebenar Visa dan beberapa sistem pembayaran besar di dunia.
  • Setakat April, rangkaian ini telah menyelesaikan 6.5 juta transaksi sehari dengan tempoh masa transaksi rata-rata direkod selama 5 saat, berbeza Ethereum yang menelan 1.2 juta transaksi dan Bitcoin sebanyak 300,000 transaksi.
  • Algoritma Hedera Hashgraph berfungsi melalui dua cara:
    • Directed acyclic graphs
    • Gossip-about-Gossip
  • Empat komponen atau perkhidmatan utama Hedera Hashgraph:
    • Matawang kripto, HBAR.
    • Kontrak pintar
    • Perkhidmatan fail
    • Perkhidmatan konsensus
  • Token natifnya, HBAR.
    • Digunakan untuk membayar transaksi di rangkaian Hedera Hashgraph
    • Sebagai perlindungan rangkaian daripada sebarang serangan siber
    • Nilai yang lebih kecil berbanding 1 HBAR dikenali sebagai ‘tinybar’. Bermakna 1 HBAR = 100 juta tinybars.
    • Memiliki bekalan maksima sebanyak 50,000,000,000 HBAR
    • Bekalan dalam kitaran semasa artikel ini ditulis: 9.7 bilion HBAR
  • Jalinan kerjasama dan sokongan projek Hedera Hashgraph turut melibatkan:
    • Google
    • IBM
    • Boeing
    • LG
    • T-Mobile
    • Nomura
    • Deutsche Telekom
    • Chainlink Labs, dan banyak lagi!

Berminat untuk mendapatkan HBAR? Ketika penulisan, HBAR didagangkan pada $0.3361, syukurlah kerana masih murah. Pelabur boleh dapatkannya di beberapa platform seperti Binance, Huobi, Bittrex, dan KuCoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat