Kenali Kripto: IoTeX (IOTX), Pencetus Internet of Things (IOT) Yang Lebih Privasi

1,251

IoTeX (IOTX) mengingatkan kepada Internet of Things (IOT).

Ya, matawang kripto ini memang ada kaitan dengan IOT. Apa-apa pun, kenali dulu aset ini sebelum membuat pelaburan.

Trivia IoTeX (IOTX)

  • Dilancarkan pada 2017 oleh Qevan Guo, Jing Sun, Xinxin Fan, dan Raullen Chai.
  • Sebuah infrasruktur blockchain yang berskala automatik dan menfokuskan kepada privasi untuk Internet of Things (IOT).
  • Ekosistem terbuka ini menyaksikan manusia dan mesin saling berhubung dengan jaminan privasi penuh dan kehendak bebas pada kadar yang paling pantas, selamat, dan berskala penuh.
  • Blockchain IoTeX juga memacu produk-produk sebenar, misalnya:
    • Kamera yang dikuasakan blockchain Consumer Electronics Show (CES)
    • Gajet pebble geoyang mana sangat sesuai untuk pengoptimuman rantaian bekalan untuk pelbagai sektor.
  • Juniper Research mendedahkan peranti IoT dijangka mencapai jumlah 50 bilion menjelang 2022.
  • Bagaimanapun, dunia berhadapan dengan isu penerapan teknologi IoT secara meluas dan inilah yang IoTeX cuba atasi. Ia merangkumi isu:
    • Skalabiliti
    • Kekurangan privasi
    • Kos operasi yang tinggi
    • Kekurangan nilai fungsi
  • Pesaingnya: IOTA (MIOTA), menggunakan teknologi Directed Acyclic Graph (DAG) untuk menyelesaikan isu skalabiliti dan penubuhan platform ringan bagi peranti yang memerlukan keperluan kuasa yang rendah.
  • Penggunaan DAG oleh IOTA adalah sama seperti yang digunakan oleh IoTeX.
  • Dalam usaha untuk menjadi tunjang utama kepada sistem IoT, IoTeX menawarkan beberapa ciri:
    • Pembahagian tugas melalui kewujudan sidechains atau dikenali juga sebagai subchains.
    • Privasi pengguna di tahap maksima dengan kehadiran mekanisme seperti ring signatures.
    • Occam’s Razor: IoTeX menawarkan setiap peranti dengan apa yang diperlukan walaupun berbeza sidechains. Contoh: Transaksi yang perlu dijalankan tidak memerlukan kontrak Turing yang lengkap dan ini menjadikan ia lebih mudah.
    • Mesra-IoT: Ciri unik IoTeX boleh diperhatikan bagaimana blockchains beroperasi secara serentak dan kekalkan fungsi saling kendali dengan kehadiran gabungan tunjang blockchain (root chain) dan sidechains.
    • Kehadiran root chain adalah untuk melindungi dan menawarkan urus tadbir rangkaian, serta pengurusan subchains. Misalnya jika subchains digodam, root chain tidak akan terjejas.
    • Komunikasi rentas blockchain merujuk kepada usaha pembangun memperkenalkan ketetapan blok dalam penyelesaian yang mana memberi jaminan blok baru tidak boleh diubah. Mereka juga memasukkan pegging, iaitu kaedah penggunaan sidechains untuk skalakan rangkaian Bitcoin.
  • IoTeX dilindungi dengan kehadiran beberapa mekanisme:
    • Ring signatures
    • Kod pembayaran yang boleh dipercayai
    • Proof-of-stakeyang diwakilkan atau dikenali sebagai Delegated Proof-of-Stake (DPoS).
    • Algoritma Randomized DPoS (Roll-DPoS) yang menggabungkan DPos dengan Verifiable Random Functions (VRF) dan Practical Byzantine Fault Tolerance (PBFT)
  • Projek IoTeX boleh dikatakan sedang berkembang pantas.
  • Didorong oleh peningkatan projek, secara tidak langsung harga IOTX turut menyaksikan lonjakan sepanjang 2021.
    • Pada 1 Januari, aset ini cuma mencatatkan harga pada $0.006 sebelum ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.26 pada 13 November.
    • Penganalisis meramalkan harganya akan meningkat kepada $0.35 menjelang 2022, tetapi pergerakan yang positif baru-baru ini tidak mustahil membawa aset ini ke paras yang lebih tinggi dari jangkaan.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat