Kenali ‘Taring’ Yang Mencengkam Pasaran Utama Wall Street

256

‘Gergasi-gergasi ini mungkin megah namun tidak mustahil akan ada lawannya nanti.’

Facebook (kini Meta Platforms); Amazon; Apple; Netflix; dan Google (kini Alphabet) atau singkatan ‘FAANG’ adalah syarikat-syarikat dengan nilai sahamnya merangkumi 15% daripada keseluruhan indeks S&P 500 Wall Street.

Istilah tersebut pertama kali diperkenalkan oleh personality TV dan penganalisis ekuiti, Jim Cramer pada 2013 bagi merujuk pengaruh syarikat-syarikat dalam pasaran aset berisiko di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Cramer, kadar pertumbuhan tinggi saham syarikat-syarikat tersebut serta perkaitannya dengan digitalisasi dan internet membolehkan mereka diletak dalam kategori yang sama.

Gabungan permodalan pasaran syarikat-syarikat FAANG mencapai $4 trilion, menandakan bahawa ia bukan sahaja industri teknologi terpenting AS malah sebahagian besar daripada keseluruhan pasaran utama negara tersebut.

Selain itu, saham FAANG telah mengalami pertumbuhan sebanyak 3-digit sejak tahun 2015 sehingga kini di mana:

  • Facebook pernah menyaksikan sahamnya menokok 165% pada 2015.
  • Apple pernah mengalami sahamnya melonjak 272% pada 2015.
  • Amazon pernah menikmati sahamnya mencanak 405% pada 2015.
  • Netflix pernah meraih lantunan sahamnya 348% pada 2015.
  • Google pernah perolehi perkembangan sahamnya 113% pada 2015.

Sebagai konteks perbandingan bagi menjelaskan kepentingan saham-saham FAANG, pada tahun tersebut indeks S&P 500 hanya berkembang 57% sahaja.

Umumnya, saham bertemakan teknologi antara yang sering menjadi pilihan pelabur ekoran kecenderungan dan perkembangan digitalisasi di seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga banyak syarikat-syarikat teknologi mulai memasuki penyenaraian dengan penawaran awam permulaan (IPO) mereka menghiasi bursa New York atau NYSE di Wall Street.

Dan sungguhpun saham FAANG agak mahal, selalunya didagangkan lebih $100, ia dilihat masih menjadi antara pilihan bagi pelabur yang mahukan syarikat dengan prestasi kematangan yang stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat