Kenapa Bill Gates Beralih Ke Sektor Tanah Ladang?

8,090

Bill Gates nak jadi peladang ke?

Bill Gates yang terkenal dengan merevolusikan pengkomputeran peribadi sejak akhir-akhir ini dilihat berada di sektor tanah ladang.

Pengasas Microsoft dan bekas isterinya, Melinda, merupakan pemilik tanah ladang teratas di Amerika Syarikat (AS) setelah memperoleh lebih daripada 269, 000 ekar sepanjang dekad yang lalu.

Gate telah membuat kejutan pada 2017 apabila beliau membeli tanah ladang AS bernilai $520 juta daripada Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada dan terus melabur sejak itu.

Menurut kajian dari FarmTogether, sektor tanah ladang mempunyai pulangan purata 11.0% setahun antara 1992 sehingga 2020 dan ia menyediakan platform pelaburan yang membolehkan pelabur yang layak untuk membeli pegangan dalam tanah ladang AS tanpa membeli keseluruhan ladang.

Sebagai perbandingan, S&P 500 hanya mengembalikan 8.0%.

Apabila dipertimbangkan pada asas pelarasan risiko, tanah ladang mengatasi pasaran saham dengan margin yang luas dan prestasi hartanah tradisional lebih baik daripada bon dan emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat