Kenapa Binance Tukar $1 Bilion Ke 3 Kripto Ini?

818

“Mungkin Binance nak bantu orang yang dalam masalah?”

Susulan keruntuhan bank mesra mata wang kripto dan isu depeg stablecoin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) berhasrat menukar baki dana syarikatnya pada Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Binance Coin (BNB) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Industri (IRI).

Secara konteks, Binance melancarkan IRI pada November tahun lalu untuk membantu projek kripto yang menghadapi krisis kecairan selepas kejatuhan FTX.

Melalui akaun Twitter miliknya, Binance mengumumkan bahawa mereka sedang berada dalam proses menukar baki dana IRI bernilai $1 bilion dalam Binance USD (BUSD) ke kripto yang disebutkan itu.

Syarikat tersebut telah memulakan penukaran BUSD melalui Uniswap pada 13 Mac dan turut dilaporkan 985 juta BUSD bernilai $981 juta dipindahkan daripada IRI Binance kepada Binance.

Selepas kejatuhan Silvergate Bank dan Silicon Valley Bank, Signature Bank yang ditutup oleh pengawal selia negeri New York telah menjadi punca CZ berpandangan kebanyakan pihak didapati ingin kurangkan bank mesra kripto secara beransur-ansur.

Umum mengetahui Binance pada hari Sabtu lalu telah menghentikan polisi Auto-Conversion BUSD yang diperkenalkannya pada September tahun lepas.

Pun begitu, CZ berkata Binance kini akan menyokong berbilang stablecoin seperti Tether (USDT), Union Solidarity and Development Party (USDP) dan TrueUSD (TUSD) sementara pengguna boleh menukar BUSD ke stablecoin lain sehingga 18 Mac.

Setakat penulisan ini, harga BTC berjaya melonjak sebanyak 8.69% pada paras $22,254 dalam tempoh 24 jam lalu manakala ETH dan BNB masing-masing canak 8.27% dan 9.75% mencecah zon $1,595 serta $304.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat