Kenapa Bitcoin Makin Mahal? Wajib Baca Ni Untuk Fahami Bitcoin.

9,833

Matawang Fiat dan Bitcoin

Menjelang Ogos 2021, genaplah ulangtahun ke-50 penciptaan sistem matawang fiat. Sistem matawang fiat diasaskan pada tahun 1971 dibawah pentadbiran Presiden AS ke-37, Presiden Richard Nixon. Sebelum wujudnya sistem matawang fiat, sistem yang digunapakai adalah  sistem Bretton Wood dan Gold Standard yang mana matawang disandarkan kepada jumlah komoditi emas.

Richard Nixon - Wikipedia

Selepas 1971 sistem matawang fiat terutamanya Dolar AS tidak lagi bergantung kepada simpanan emas. Jadi matawang ini boleh dicetak tanpa had mengikut keperluan pasaran oleh bank pusat negara masing-masing, seperti dolar AS (FED), Pound Sterling (BOE), Euro (ECB), Ringgit Malaysia (BNM), Rupiah (BI) dan lain-lain.

Ini mendorong kepada penurunan nilai setiap matawang itu kerana saban tahun matawang sentiasa dicetak dan disalur ke dalam negara. Keadaan ini menyebabkan nilai matawang semakin susut atau berlaku inflasi. Disebabkan itulah nilai barangan kelihatan semakin mahal tahun demi tahun. Semakin banyak matawang kertas dicetak semakin menurun nilai matawang tersebut. Ini bersesuaian dengan konsep ‘supply and demand‘.

Jadi disebabkan inilah pengurus dana atau institusi akan melabur dana atau harta mereka dalam bentuk aset yang kalis inflasi. Contohnya seperti hartanah, komoditi emas, ekuiti saham, bond dan lain-lain. Ini kerana aset-aset ini terhad dan nilainya tidak jatuh seperti matawang fiat. Namun pada ketika ini, terdapat satu aset yang sedang mencuri tumpuan ramai, iaitu Bitcoin. Bitcoin pada masa ini telah menjadi aset yang sangat menguntungkan untuk tempoh pelaburan 10 tahun ini.

Ramai personaliti kewangan terkemuka yang melabur ke dalam bitcoin dan yakin dengan potensinya antaranya seperti Bill Miller, Ray Dalio, Paul Tudor John, Robert Kiyosaki, Michael Saylor, Larry Finck, Jim Cramer, Elon Musk dan ramai lagi.

Bitcoin mula mencuri tumpuan ramai pada 2017 apabila melonjak sehingga hampir $20,000 sebelum jatuh ke $3,800. Tetapi kini selepas 3 tahun bitcoin sekali lagi mencuri tumpuan apabila melonjak membuat ATH yang baru pada $61,000. Dahsyat. Kenaikan 1,505% hanya dalam tempoh setahun.

 

Apa itu bitcoin.

Kerana lonjakan yang begitu tinggi sekarang ini, maka mulalah nama bitcoin disebut-sebut samada melalui bualan mulut mahupun di media-media. Namun begitu masih ramai yang belum tahu apa itu bitcoin dan kenapa permintaan terhadap bitcoin semakin tinggi. Bitcoin merupakan matawang kripto yang pertama. White paper bitcoin dan projek ini telah dimulakan sejak 2008 dan dilancarkan pada tahun 2009. Bitcoin telah dicipta oleh seorang atau kumpulan yang menggunakan gelaran Satoshi Nakamoto. Mereka ini tidak dikenali dan menjadi misteri sehingga sekarang.

Satoshi Nakamoto.

Bitcoin diasas oleh Satoshi Nakamoto pada 2009 melalui portal bitcoin.org. Kemudian beliau membuka laman forum bitcointalk.org. Di laman inilah beliau berkomunikasi dan berkongsi teknologi bitcoin ciptaannya. Postingnya yang terakhir adalah pada 12 disember 2010 dan terus hilang hingga ke hari ini. Walaupun penciptanya menghilangkan diri namun bitcoin ciptaannya terus berkembang dan terus menjadi perhatian sehingga ke hari ini.

Ten Years Ago Satoshi Nakamoto Logged Off - The Final Message from Bitcoin's Inventor – Featured Bitcoin News

Bitcoin dan Blockchain

Matawang kripto seperti bitcoin dicipta melalui teknologi kriptograf dan encryption yang selamat. Bitcoin berfungsi melalui komputer dan sambungan internet. Ekosistem bitcoin didokong oleh miner-miner bitcoin di seluruh dunia. Miner-miner ini mendapat imbuhan melalui aktiviti mining. Mining berlaku apabila terdapat transaksi. Transaksi sentiasa berlaku setiap masa di seluruh dunia. Setiap transaksi yang berlaku akan direkod di dalam block. Apabila block sudah penuh, block-block akan disusun antara satu sama lain secara berantaian. Jadi susunan block inilah dipanggil blockchain (Block + Chain).

Berjuta-juta komputer milik miner-miner di seluruh dunia menyimpan rekod blockchain yang sama. Inilah yang dikatakan sebagai sistem tidak berpusat (decentralize).  Maklumat ini tidak boleh dipalsukan atau diseleweng kerana komputer-komputer yang terlalu banyak dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Teknologi blockchain ini juga digunakan oleh kripto-kripto yang lain melalui encryption yang berbeza-beza. Kerana itulah teknologi blockchain semakin hangat dan mendapat sambutan yang baik. Ianya decentralize, selamat dan privasi. Kita boleh lihat alamat wallet dan jumlah transaksi, tetapi kita tidak tahu siapa pemiliknya. Teknologi ini berfungsi secara komuniti.

Kenapa Bitcoin Semakin Mahal dan Mendapat Permintaan.

Berikut merupakan sebab kenapa bitcoin mendapat permintaan yang tinggi.

  1. Bitcoin kalis inflasi dan sebagai aset penyimpan nilai yang baik. Ini disebabkan jumlahnya yang terhad tidak seperti matawang fiat. Jumlah bitcoin hanya dihadkan kepada 21 juta unit sahaja. Mining terakhir adalah pada tahun 2140 untuk mencukupkan jumlah 21 juta. Pada masa kini jumlah bitcoin di pasaran berjumlah 18.7 juta. Disebabkan jumlah yang terhad, jadi permintaan yang semakin meningkat menyebabkan harganya juga menaik.
  2. Matawang kripto seperti bitcoin berfungsi melalui teknologi blockchain yang bebas pihak ketiga. Tidak seperti sistem matawang fiat yang dikelola oleh bank. Jadi ianya bebas dari risiko penyelewengan atau kesilapan. Jika ada dua atau tiga komputer yang terbakar, masih ada berjuta-juta komputer lain di dunia yang mempunyai rekod yang sama dan berfungsi untuk kestabilan ekosistem blockchain tersebut.
  3. Transaksi bitcoin sangat pantas berbanding matawang fiat apabila merentasi sempadan. Ianya hanya memakan masa antara 10 minit ke 20 minit. Berbanding matawang fiat antara bank-bank merentasi negara, kadang mengambil masa sehingga beberapa hari untuk sampai.

Namun disebabkan bitcoin mengambil masa lebih 10 minit untuk sahkan transaksi, ianya kurang relevan dijadikan matawang untuk kegunaan harian. Maka disebabkan itulah wujud penciptaan matawang kripto yang lain untuk selesaikan permasalahan ini dan permasalahan yang lain. Contohnya seperti Litecoin, Ethereum, Cardano, Ripple, Polkadot dan lain-lain.

Untuk belajar dengan lebih lanjut tentang asas kripto anda boleh ke sini. Untuk membeli kripto anda boleh rujuk di sini.

Majulah kripto untuk dunia!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat