Kenapa Chainlink Cucuk-Cucuk Ke Atas Ni?

80

Penggunungan ketara mata wang kripto Chainlink (LINK) sebanyak 8.98% dengan volum dagangan $484 juta dalam tempoh 24 jam terakhir berjaya memberi tarikan dalam kalangan para pelabur.

Reaksi harga tersebut dilaporkan bukan sahaja berlaku disebabkan pelabur memindahkan 15 juta ke wallet exchanger kripto malah pasaran kripto kini yang berada dalam momentum positif akan mengakibatkan harganya mampu meneruskan kenaikan lagi.

Namun pelabur perlu berhati-hati juga susulan pasaran akan melakukan pergerakan pembetulan dalam beberapa jam akan datang sebelum melanjutkan harganya ke paras tertinggi.

Terdahulu lagi sejak pelancaran naik taraf protokol Chainlink Economics 2.0, harga aset digital tersebut sentiasa melakukan lonjakan sedikit demi sedikit.

Suka dimaklumkan bahawa tujuan projek berikut adalah untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan LINK agar pelabur dapat melakukan sebarang transaksi secara mudah dan pantas.

Selain daripada itu, pembaharuan tersebut juga akan berfungsi sebagai penyediaan sokongan teknikal bagi yuran rangkaian atau insentif lain kepada penyedia perkhidmatan LINK, seperti staker.

Meskipun begitu, perlu diingatkan juga bahawa pasaran kripto baru-baru ini mengalami kejatuhan drastik dengan kerugian lebih $1.4 trilion disebabkan tercetusnya krisis FTX.

Malah, pasaran kripto telah melakukan perubahan ketara apabila modal pasaran global menjunam sebanyak 10.85% berbanding sebelum ini pada $900 bilion manakala Bitcoin (BTC) mencapai paras terendah dua tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat