Kenapa China Ingin Haramkan Kripto, Pakar Ini Ada Penjelasan!

1,608

Ketua strategi ekuiti global Jefferies Christopher Wood baru-baru ini menerbitkan hasil penyelidikan beliau yang membincangkan tindakan pengawalseliaan yang dilakukan oleh China terhadap kripto baru-baru ini. Wood mengatakan bahawa tindakan keras China terhahap kripto ini adalah lebih kepada kekhuatiran ancaman persaingan CBDC berbanding keprihatinan terhadap penjanaan karbon.

Tambah Wood, aspek teknologi blockchain yang bebas daripada pengawalseliaan dilihat sebagai apek menarik bagi golongan liberal yang menentang sistem wang fiat. Ia adalah sebagai antitesis kepada sistem kewangan China. Hal ini jelas bagi rakyat China terutamanya, maka ia menjadi isu yang jauh lebih penting bagi Beijing daripada aspek penjanaan karbon dalam perlombongan bitcoin.

Justeru Wood berpendapat bahawa pihak berkuatsa tidak mahu ada persaingan semasa pelancaran Yuan digital yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat ini.

Dalam masa yang sama, Wood menyatakan bahawa banyak pergerakan pasaran kripto dan sentimen pelabur bergantung pada bagaimana negara lain ingin mengawalselia kripto. Wood juga percaya keputusan ini akan berbeza dengan keputusan pihak berkuasa China.

Gary Gensler, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) menyatakan sebelum ini bahawa mereka sedang menyusun kerangka peraturan kripto dan bakal  mengumumkannya pada tahun hadapan. Dengan adanya pengawalseliaan, Bitcoin dan kripto lain beroperasi dengan lebih baik dan memenuhi potensi jaringan dari segi penggunaan massa. Justeru sebahagian berpendapat, menjadi bahagian dalam sistem adalah sesuatu yang positif untuk perkembangan kripto.

Gensler, yang dipercayai mempunyai sikap mesra kripto belum mengorak apa-apa langkah. SEC telah menunda kelulusan Bitcoin ETF sejak beberapa bulan kebelakangan. Harga BTC kini didagangkan pada paras harga $34,356.54, naik 4.38% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat