Kenapa Emas Kekal Kukuh Walaupun USD Menggila?

756
  • Lonjakan USD gagal kejutkan pelabur emas
  • Emas kekal tertinggi 6 bulan
  • Pelabur nantikan minit mesyuarat FOMC

Melangkah masuk ke sesi dagangan Rabu, pelabur diperlihatkan dengan harga emas yang kekal kukuh pada paras tertinggi walaupun ketika US dolar melonjak.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan lebih kuat pada $1,842 per auns, manakala niaga hadapan emas pula meningkat pada $1,848 per auns.

Terdahulu pada sesi Eropah, pasaran dikejutkan dengan pergerakan ‘gila’ dolar Amerika yang melantun lebih 1% berbanding pesaing utamanya.

Meskipun begitu, logam kuning emas hanya mempamerkan sedikit reaksi kepada lonjakan tersebut sekali gus mempertahankan pengukuhannya di paras terkuat 6 bulan.

Pengukuhan ini mungkin dibantu oleh permintaan pasaran terhadap aset yang lebih selamat selepas kembali dari cuti hujung minggu Tahun Baru yang panjang.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis untuk mendapatkan petunjuk baharu mengenai hala tuju seterusnya dalam penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat