Kenapa Emas ‘Slow’ Walaupun Ada Petanda NFP Akan Lemah?

3,357

Logam kuning emas kekal stabil ketika para pelabur menilai keadaan pasaran dengan berhati-hati menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP pada hari Jumaat.

Walaupun data pekerjaan ADP Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang lebih lemah daripada dijangkakan, tetapi dagangan emas hanya memberi sedikit reaksi dengan meningkat pada harga $1,820 per auns.

Namun, pada sesi Asia hari ini pergerakan emas kembali perlahan pada $1,813 per auns, menandakan pelabur terus berhati-hati dalam meletakkan posisi sebelum data NFP dikeluarkan.

Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan sedikit susut pada sekitar harga $1,815 per auns.

Bacaan NFP pada hari esok dijangka semakin perlahan, lebih-lebih lagi data ADP yang ditervitkan apda sesi sebelum ini menunjukkan sektor swasta hanya menambah sebanyak 374,000 pekerjaan pada Ogos, jauh tersasar dari jangkaan untuk meningkat 613,000.

Bukan itu sahaja, tetapi sub-komponen pekerjaan dalam data PMI pembuatan tinjauan ISM juga menunjukkan penurunan, walaupun secara keseluruhan data meningkat.

Sekiranya pertumbuhan pekerjaan NFP lemah, ia mungkin boleh mendorong Federal Reserve untuk menangguhkan ranangan pengurangan pembelian bon mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat