Kenapa EUR/JPY Tiba-Tiba Buat Penurunan Mengejut?

180

Sentimen risk-off pasaran iringi pembukaan sesi pasaran Eropah pada petang ini menyaksikan mata wang safe-haven seperti US dolar dan Yen mengukuh setelah pergerakan mendatar pada sesi sebelumnya.

Ini adalah disebabkan laporan Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengumumkan kerahan pergerakan separa tentera Rusia, menandakan tindakan pencerobohan ke atas Ukraine masih lagi berterusan.

Ini menyusuli laporan semalam berkenaan usaha tentera Ukraine yang perlahan-lahan menawan semula daerah-daerah yang dirampas Rusia sebelum ini.

Yen antara yang menyerlah memaparkan peningkatan nilai, namun pelabur waspada untuk mata wang matahari terbit itu untuk kembali susut semula berdepan jangkaan untuk keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) yang kekal dovish.

Carta pasangan mata wang EUR/JPY memaparkan penurunan mengejut di awal sesi Eropah petang ini selepas mendatar perlahan di sesi Asia sebelumnya.

Harga yang berlegar pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY kemudiannya menunjukkan penurunan dan memaparkan pergerakan bearish buat harga.

Dari paras sekitar 143.500, harga telah susut ke sekitar 142.00 setakat jam 3.00 petang waktu tempatan, dengan jangkaan harga akan menyambung penurunan lebih rendah sehingga ke penghujung sesi.

Sasaran adalah pada zon 141.500 untuk diuji sebelum harga bakal melanjutkan penurunan ke sekitar 140.700 dan kemudiannya pula ke zon 140.00.

Namun, waspada sekiranya penurunan harga yang berlaku adalah sekadar reaksi sementara pasaran dan tidak mustahil untuk lonjakan dipamerkan semula.

Untuk jangkaan bagi pergerakan menaik harga, rintangan adalah pada zon 144.00 bakal diuji yang merupakan paras ketinggian dicapai harga pada Selasa semalam.

Seterusnya kenaikan harga akan menguji zon rintangan penting pada 145.00-145.500 yang telah menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat