Kenapa EUR/USD Tak Dapat Teruskan Penurunan Lebih Rendah?

456

Momentum penurunan harga pada carta EUR/USD pada Isnin lalu dilihat gagal untuk dikekalkan pada Selasa susulan beberapa faktor yang dilihat mengganggu pengukuhan US dolar.

Sentimen pasaran risk-on dinilai pelabur ekoran kebimbangan terhadap penularan Omicron yang semakin mereda, berkemungkinan sedikit mengurangkan tarikan terhadap mata wang safe-haven termasuk US dolar.

Selain itu, tumpuan pada terbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang mencatatkan angka menurun turut memperlihatkan reaksi awal pasaran terhadap penyusutan US dolar di awal sesi New York semalam.

Namun pada penghujung sesi, US dolar kembali dilihat bergerak baik semula.

Pada carta EUR/USD, harga dilihat cuba membuat penurunan pada sesi Eropah semalam, namun belum sempat menyentuh paras 1.12700, harga meningkat semula di awal sesi New York susulan penyusutan US dolar.

Pandangan teknikal, harga masih bergerak dalam trend bearish ekoran pergerakan harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta EUR/USD.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju zon sokongan pada 1.12500 yang menjadi zon penting menyokong kenaikan harga beberapa minggu pada penghujung 2021 lalu.

Dan penurunan lebih rendah bakal menguji zon support utama pada 2021 iaitu 1.12000 yang menjadi zon terendah dicecah.

Namun jika harga kembali memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, zon rintangan pada 1.14000 masih menjadi tumpuan untuk diuji selepas kenaikan pada minggu lalu gagal menembusinya.

Melepasi paras tersebut akan mendorong kenaikan terbaru ke paras jangkaan sekitar 1.14500 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat