Kenapa GBP Menjunam? Ini Sebab GBP/USD & GBP/JPY Jatuh Sehingga 300 Pip

1,572

Pasti anda semua perasan dengan apa yang terjadi kepada matawang Sterling (GBP) pada Rabu. Matawang GBP membuat kejatuhan yang mendadak di mana pair GBP/USD, GBP/JPY, GBP/CAD, GBP/AUD dan GBP/NZD membuat kejatuhan yang begitu banyak. Boleh dikatakan pada Rabu, matawang Sterling adalah matawang yang paling lemah berbanding matawang-matawang utama yang lain.

GBP/USD membuat kejatuhan sebanyak 170 pip dari paras tertinggi Rabu sehinggalah pada masa artikel ini ditulis. Pair yang diminati ramai kerana pergerakannya yang laju iaitu GBP/JPY menjunam sehingga 300 pip. Satu lagi pair yang agak laju pergerakannya iaitu GBP/NZD menjunam sehingga 200 pip setakat pada masa artikel ini ditulis.

Sebenarnya apa yang menekan matawang GBP pada Rabu adalah sentimen terkini Brexit yang negatif. Pasaran dilihat bimbang dengan perkembangan semasa yang meningkatkan potensi kegagalan UK untuk mendapatkan perjanjian ‘tempoh peralihan’ sebelum benar-benar keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Semalam, EU meminta supaya Ireland Utara kekal dalam EU (customs union) selepas Brexit dan ini sebenarnya akan membangkitkan semula isu sempadan antara UK dan EU. Hal ini dinyatakan oleh EU dalam draf yang dikeluarkan pada Rabu.

Perdana menteri UK, Theresa May sendiri mengatakan draf yang dikeluarkan oleh EU itu adala satu ancaman kepada UK.

“Draf undang-undang yang dikeluarkan oleh EU itu berkemungkinan akan mengancam integriti perlembagaan UK dengan menghasilkan regulasi baru di kawasan Ireland.”

Komen dari Theresa May jelas menunjukkan perbezaan pendapat dengan EU dan ia juga menggambarkan UK yang tidak bersetuju dengan draf tersebut. Ini sebenarnya menimbulkan ketidaktentuan (uncertainty) dalam rundingan ‘Brexit pusingan kedua’ yang menjadikan pelabur dan pedagang di pasaran UK bimbang dengan situasi terkini sekaligus menyebabkan matawang GBP menjunam pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat