Kenapa Harga BTC Tersangkut? Ini 4 Sebabnya!

540

“Haih lama lagi ke harga BTC nak naik tinggi, penat dah tunggu ni.”

Berterusan melemah, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam lagi sehingga $64,100 disebabkan strategi arbitrage cash-and-carry yang melibatkan pembelian BTC secara spot dalam jangka panjang tetapi pada masa sama menjual kontrak niaga hadapan apabila berdagang pada premium.

Didedahkan juga volum dagangan harian BTC telah mengalami penurunan 61.5% daripada $102.3 bilion kepada $39.5 bilion, di mana ia menunjukkan correlation kukuh antara volum penyelesaian rangkaian onchain dan volum perdagangan.

Sungguhpun bahagian permintaan tinggi telah mencukupi bagi menyerap tekanan jualan, peristiwa tersebut tetap tidak mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan menaik selanjutnya, ulas penganalisis Glassnode.

Menurut firma analisis on-chain CryptoQuant pula, para pemegang serta miners jangka panjang adalah antara penjual terbesar BTC dalam dua minggu lalu dan ini membawa makna mereka juga adalah penyumbang pada penurunan harga aset digital itu.

Wallet dijejaki CryptoQuant menunjukkan whales yang merupakan pemegang besar mana-mana token telah bertindak jual BTC bernilai $1.2 bilion dalam dua minggu lepas melalui broker dan bukannya di pasaran terbuka.

Meneliti data didedahkan Arkham Intelligence, Pejabat Polis Jenayah Jerman (BKA) didapati memindahkan sejumlah besar BTC kira-kira 6,500 unit bernilai $425 juta daripada wallet mereka pada 19 Jun 2024.

Daripada jumlah tersebut, $32 juta dalam BTC telah dihantar ke bursa kripto Kraken kemudian $32 juta kepada Bitstamp, jadi di sini dapat dilihat mereka mungkin ada niat untuk menjual beberapa pegangannya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menerjun sebanyak 0.09% pada paras $65,183 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 4.28% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat