Kenapa Matawang GBP Naik Secara Tiba-Tiba? Indeks PMI Perkhidmatan UK Positif

696

Matawang GBP menguat secara keseluruhan sejak pukul 4.30 petang tadi selepas pengumuman indeks PMI sektor perkhidmatan UK. Pair GBP/USD naik sehingga hampir 70 pip, GBP/JPY naik 65 pip, GBP/AUD naik 110 pip dan GBP/CAD naik sehingga 112 pip setakat pada pukul 5.30 petang.

Indeks PMI sektor perkhidmatan ini meningkat ke paras tertinggi sejak tiga bulan yang lalu, meneruskan pemulihan selepas kejatuhan ke paras terendah pada bulan Mac. Bacaan indeks meningkat ke paras 54.0 pada Mei dari 52.8 pada April. Bacaan kali ini juga jauh melebihi jangkaan pasaran 52.9.

Bacaan di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan sebaliknya di bawah 50 menggambarkan aktiviti yang merosot.

Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak bulan Februari dan menunjukkan pengukuhan dalam keseluruhan aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan.

“Peningkatan dalam aktiviti perkhidmatan menambah isyarat bahawa ekonomi Britain di landasan yang betul untuk naik semula pada suku kedua,” kata Chris Williamson ketua penganalisis ekonomi di Markit.

Data indeks sektor perkhidmatan penting berbanding sektor ekonomi yang lain di UK kerana sektor perkhidmatan adalah tulang belakang kepada ekonomi secara keseluruhan. Ia juga mewakili hampir daripada 70% keseluruhan ekonomi UK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat