Kenapa Meta Didenda €265 Juta Pula Ni?

302

Syarikat teknologi, Meta dikenakan tindakan denda berjumlah €265 juta daripada pengawal selia privasi Ireland atas kesalahan pengendaliannya mengenai data pelanggan.

Diperjelaskan lebih lanjut bahawa penyiasatan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland menampakkan maklumat peribadi 500 juta pengguna Facebook serta Instagram telah disiarkan dalam talian.

Perkara berikut berlaku apabila Meta bertindak memotong kos dan memberhentikan pekerja secara besar-besaran.

Terdahulu pada April 2020, siasatan serupa turut dibuat di mana Meta dikatakan telah membantu segelintir pengguna mencari rakannya dengan mengimport kenalan, ulas Suruhanjaya pada hari Isnin lalu.

Manakala, mahkamah Rusia pula baru-baru ini mendakwa bahawa Meta telah terlibat dalam aktiviti radikalis yang telah mengganggu-gugat kedudukan negara itu.

Rentetan itu, kementerian kehakiman Rusia telah memasukkan syarikat tersebut ke dalam senarai organisasi ekstremis pada November 2022.

Seterusnya, ura-ura juga mengatakan bahawa Mark Zuckerberg akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegwai Ekskeitif (CEO) Meta secara sukarela pada awal tahun 2023 berikutan keuntungan syarikatnya yang mengalami penurunan ketara.

Pada sisi berbeza, Oxford University Press telah meletakkan perkataan ‘Metaverse’ pada kedudukan top 3 dengan menggambarkannya sebagai persekitaran realiti maya yang membolehkan para pengguna berinteraksi melalui avatar masing-masing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat