Kenapa Moshed.com Rebranding Kepada Intraday.my ?

1,116

Nota : Artikel ini diterbitkan kembali dari FB personal Moshed Mohamad.

So far rebranding ke INTRADAY.my berjalan lancar. Dalam pada itu, saya akan menjawab beberapa pertanyaan kenapa MOSHED jadi INTRADAY, rebranding, perancangan kehadapan dan sebagainya.

Seperti korang semua tahu jenama Moshed di asaskan di atas nama saya (sebagai founder) sebagai jenama Website Forex dan Pasaran Kewangan dalam Bahasa Melayu.

Jadi bila sudah sekian lama, followers website Moshed Dot Com merasakan yang “saya seorang diri” menguruskan semua yang ada di website Moshed.

Ini disebabkan branding saya lebih banyak kepada “seorang trader” sebelum ini.

Ini boleh dilihat dari segi komen, email, pm dan interaksi antara mereka dengan sosial media jenama MOSHED. Semua orang ingat sedang berinteraksi dengan saya. Sedangkan jenama MOSHED kini adalah sebuah organisasi dan ada lebih dari 15 orang.

Jadi tak semua saya buat sendiri. Bukan saya yang reply satu persatu komen korang, termasuklah di PM. Kehidupan seharian saya tersangatlah busy menguruskan pelbagai bisnes.

Website MOSHED adalah salah satu darinya.

Kita ada staff urus sosial media, jawab email, reply whatsapp order. Ada HR. Ada yang team yang urus analisis, content di website, team trading dan banyak lagi.

Tujuan saya untuk membina brand ini sebagai sebuah portal website financial markets juga telah menjadi terhad kerana ia berkisar kepada jenama saya(nama website) sebagai individu dan terdapat beberapa kekeliruan dari segi persepsi trader kepada saya.

Sedangkan saya menguruskan ini sebagai sebuah bisnes.

Oleh itu saya melancarkan INTRADAY.my – kalau anda masuk ke website Moshed boleh perasan ia akan redirect ke domain INTRADAY.my – jangan risau, yang lain masih sama, malah akan jadi lebih power untuk berikan anda manfaat selepas ini.

BUKAN SAJA JENAMA BARU, JUGA AKAN DIBERI NAFAS BARU!

Perancangan rapi juga sudah dibuat untuk membantu lebih ramai dalam industri forex dan pasaran kewangan.

Matlamat saya adalah ingin menjadikan INTRADAY.my sebagai hub info, berita, ilmu dan perkongsian tentang pasaran kewangan (forex, saham, komoditi) Bahasa Melayu terbesar di Malaysia.

INTRADAY.my masih kekal dengan capaian terbesar visitor setiap bulan, iaitu 50K-100K trader datang membaca setiap bulan dengan 90% darinya terdiri daripada trader forex. Very niche!

Telegram Channel lebih dari 22K subscriber. Email list dan beberapa assets exposure lagi total beratus K capaian kepada followers.

Jadi saya kira ia adalah platform terbaik untuk trainer/educator/ib/trader/analyst forex dan saham untuk berkembang melalui berkongsi ilmu, analisis, pendapat, dan content di sini.

Waiting list dah ramai hubungi untuk bekerjasama… tapi jika ada lagi yang berminat, nanti saya berikan info bagaimana anda boleh bekerjasama dengan INTRADAY.my untuk kembangkan lagi karier anda. (saya akan open sekitar awal Disember, stay tuned!)

MANFAAT KEPADA TRADERS.

Dengan berjayanya saya mengembangkan kesemua ini, saya yakin saya dapat berikan manfaat yang sangat banyak kepada semua trader, berbanding apa yang saya usahakan sebelum ini.

Walaupun industri ini sering dimomokkan dengan lebih ramai loss dari profit, saya nak lebih ramai dapat hidup dalam bidang ini, dengan ilmu yang betul dan mindset yang betul. Jadi professional.

Saya sendiri sudah lama dalam bidang ini, dari seorang trader kepada seorang entrepreneur.

Saya nampak banyak loop holes yang jika diperbaiki, trader-trader boleh pergi jauh dan dapat meningkatkan taraf hidup.

Semua ini saya akan usahakan melalui platform INTRADAY.my – jadi teruskan menyokong!

Nota : Boleh join group INTRADAY Traders Community, untuk tak terlepas.

KESIMPULAN

Jadi sampai situ sajalah penjelasan saya tentang rebranding INTRADAY.my – saya akan keep update info progress dengan anda semua.

Saya mengucapkan terima kasih kepada korang semua yang kekal menyokong journey saya dalam bidang ini. Semoga apa yang saya usahakan dapat memberikan manfaat kepada korang. Jika tidak hari ini, pasti ada hari hadapan.

Kekal follow INTRADAY.my!

Stay tuned for the greatest experiences!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat