Kenapa MultiversX (EGLD) Membukit Sampai $49? Ini Jawapannya!

360

“Nama dah tukar baharu, mesti matlamat pun baharu kan.”

Mata wang kripto MultiversX (EGLD) berjaya menggunung drastik sebanyak 37% melepasi paras lebih $49 selepas bursa aset digital UpBit menyenaraikan token tersebut dalam platform mereka, tetapi kini turun pada $44.38.

Secara konteks, MultiversX dahulunya dikenali sebagai Elrond adalah projek blockchain terkemuka terawal mengaplikasikan teknologi sharding yang ingin menjadi pengganti Ethereum (ETH) dan Solana (SOL)

Sharding ialah teknologi meningkatkan permprosesan transaksi melalui pemecahan blok kepada kepingan lebih kecil dikenali sebagai shards, oleh itu pengguna EGLD dapat menjimatkan kos susulan purata kos transaksi sekitar $0.0022.

Difahamkan juga, rangkaian EGLD yang memiliki lebih 2.2 juta wallet dan menyelesaikan 314 juta transaksi telah diterima pakai oleh kebanyakan pencipta dApps, non-fungible token (NFT), metaverse dan sebagainya.

Berbalik pada berita asal, Upbit yang bertindak menyenaraikan EGLD dalam platformnya telah menjadi sebab utama harga aset digital tersebut melonjak tinggi memandangkan ia adalah salah satu bursa kripto terbesar di dunia dengan lebih 8.6 juta pelanggan.

Sama seperti harga Floki Inu (FLOKI) yang turut mencanak sehingga melepasi paras $0.000049 apabila Binance US menyenaraikan memecoin tersebut.

Bagaimanapun, menerusi ramalan seorang penganalisis, EGLD mungkin akan secara berterusan menyusut dalam beberapa hari untuk harganya meneruskan kenaikan lebih tinggi, tetapi perlu diingatkan ia juga bergantung pada prestasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat