Kenapa Ni? Ulasan Presiden ECB Lagarde Buatkan Pelabur Bitcoin Resah!

840

Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde pada hari Rabu telah tampil memberi komen mengenai perkembangan terkini Bitcoin. Dalam kenyataan tersebut beliau telah mengusulkan agar pengawalseliaan Bitcoin dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana matawang crypto itu sering disalahgunakan seperti digunakan dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Tambah beliau, Bitcoin kini sudah menjadi salah satu intstrumen yang dipertimbangkan berbanding pada awal masanya diperkenalkan. Ia telah mula dibeli oleh orang awam, firma pelaburan dan juga syarikat-syarikat besar. Ada yang meminjam wang hanya untuk memiliki lebih banyak matawang crypto yang nilainya meningkat hampir sepulih kali ganda sejak Mac lalu.

Bagi Lagarde, Bitcoin adalah aset yang sangat spekulatif yang sering digunakan dalam aktiviti penggubahan wang haram. Matawang crypto setakat ini masih belum diatur dan diawasi dengan baik.

Dilaporkan, Lagarde telah ikut serta dalam beberapa kumpulan pengawal selia dari seluruh dunia dan mengusulkan agar matawang crypto dikawal selia. Walaubagaimanapun, harga bitcoin terus menujukkan prestasi yang positif dengan kembali meningkat sebanyak 7.47% daripada kejatuhan semalam kepada paras harga $33,919.70 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat