Kenapa Pasaran Kripto Jatuh Mengejut Semalam? Ini Jawapannya!

2,315

“Bertenang semua, BTC semalam tak adalah turun ketara sangat kan.”

Seluruh pasaran mata wang kripto pada petang semalam menyaksikan penerjunan secara besar-besaran apabila modal pasaran kripto global dilaporkan menjunam hampir 1.50% pada $1.07 trilion dalam masa beberapa minit sahaja.

Bitcoin (BTC) yang merudum sehingga $27,300 daripada $28,000 telah pulih sedikit susulan kini harganya didagangkan di atas paras $27,500 apabila $50 juta longs dicairkan dalam masa sejam.

Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula menyusut di bawah $1,550 sejurus selepas Yayasan ETH bertindak menjual sejumlah besar aset digital tersebut sekali lagi, kemudian Ripple (XRP), Solana (SOL), Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) telah turun 2% dalam sejam.

Selain liquidation longs $90 juta pada 9 Oktober 2023, order liquidations terbesar pada BTCUSD Bybit bernilai $3.11 juta adalah antara sebab seluruh pasaran kripto mengalami pendarahan agak ketara semalam.

Namun perlu diketahui juga produk pelaburan aset digital telah menghadapi aliran masuk $78 juta iaitu berturut-turut untuk minggu kedua selepas enam minggu aliran keluar, di mana SOL mencatatkan aliran masuk minggu terbesarnya pada $24 juta sejak Mac 2022.

Kejatuhan pasaran kripto turut tercetus apabila terdapatnya risiko geopolitik di Timur Tengah akibat konflik peperangan antara Palestin dan Israel, bagaimanapun keadaan itu telah menyebabkan harga minyak mentah WTI dan Brent naik.

Menurut penganalisis popular Michael van de Poppe, BTC dijangka kekal bertahan di atas $27,500 walaupun masih menunjukkan kelemahan apabila harganya terjun di bawah $27,700, tetapi beliau percaya altcoin mungkin akan terus menderita.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.00% pada paras $27,567 dalam tempoh 24 jam lalu manakala ETH merekodkan penyusutan 2.92% pada $1,578 dan XRP tergelincir 3.41% pada $0.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat