Kenapa Pelabur Tempatan Tersengih-Sengih Kerang Busuk Pagi Ini?

626

Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi hari dengan pembukaan positif, berundur dari kerugian semalam dengan selera pelabur memulih apabila data inflasi dari Amerika Syarikat (AS) menurun jauh dari jangkaan.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.19 mata pada 1,502.52.96 daripada penutupan Rabu pada 1,492.33.

Indeks dibuka kukuh 5.48 mata pada 1,497.81.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 257 mengatasi kaunter rugi pada 71, manakala 172 kaunter pula tidak berubah, 1,783 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 159.82 juta unit bernilai RM70.04 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng, bacaan data inflasi AS yang menurun memberi kelegaan kepada pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan bertindak kurang agresif selepas ini.

Atas faktor tersebut KLCI dijangka berada dalam julat 1,495-1,520 pada hari ini dengan saham bertemakan teknologi menjadi buruan pelabur memandangkan prestasi semalaman Nasdaq yang baik.

Rentetan itu 2/3 daripada 30 kaunter mencatat keuntungan, diterajui oleh Inari Amertron Bhd lonjak 8 sen pada RM2.90 sementara Petronas Chemicals Group Bhd capai 17 sen pada RM8.89.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 5 sen pada RM8.95, Public Bank Bhd kumpul 4 sen pada RM4.67, CIMB Group Holdings Bhd lonjak 3 sen pada RM5.33 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga raih 3 sen pada RM8.46 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.42.

Saham aktif memperlihatkan G3 Global Bhd lonjak 0.5 sen pada 4 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) capai 2 sen pada 89 sen, SFP Tech Holdings Bhd naik 4 sen pada 98 sen dan Infoline Tec Group Bhd mekar 1.5 sen pada 38 sen sementara Sapura Energy Bhd kekal pada 5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 78.41 mata pada 10,640.15, indeks FBMT 100 menambah 74.39 mata pada 10,388.56, indeks FBM Emas Shariah memaju 83.91 mata pada 10,753.21, FBM 70 melonjak 106.53 mata pada 12,658.63 dan FBM ACE mengumpul 35.44 mata pada 4,867.07.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 97.92 mata pada 16,747.53, indeks Tenaga mengembang 4.7 mata pada 651.34, indeks Produk dan Perkhidmatan menambah 2.48 mata pada 183.43 dan indeks Perladangan melonjak 23.36 mata pada 7,147.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat