Kenapa Perlu Berhati-Hati Jika ‘BUY’ AUD/USD?

515

Dolar Australia kekal bergerak mendatar sejak minggu lalu dengan sentimen pasaran menjadi faktor pemacu pergerakan bagi matawang komoditi.

Pada sesi Asia hari ini (Selasa), Timbalan Gabenor bank pusat Australia (RBA) menyampaikan kenyataan optimis terhadap ekonomi Australia di mana beliau melihat pertumbuhan ekonomi Australia pada suku ketiga bakal positif dengan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbaru.

Tambah beliau lagi, kadar pengangguran 6% adalah dilihat objektif yang munasabah. Kemerosotan yang dialami Victoria baru-baru ini tidak begitu menjejaskan pertumbuhan ekonomi Australia keseluruhannya.

Hal ini boleh menjadi faktor jangka pendek untuk pelabur mengunjurkan kenaikan nilai dolar Australia.

Namun, harus diingatkan semula pada perbincangan polisi monetari dalam mesyuarat terbaru bank pusat. Terdapat jangkaan untuk kadar faedah diturunkan selain pelonggaran polisi lebih lanjut bakal diteruskan untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Justeru, kesan jangka panjang akan menjurus kepada penurunan nilai dolar Aussie. Dalam masa terdekat, pergerakan harga berkemungkinan lebih dipacu oleh sentimen semasa pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat bergerak mendatar di bawah paras 0.71500 sejak minggu lalu dengan pelabur turut mengambil langkah berwaspada menjelang pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat yang semakin hampir.

Zon SBR (support become resistance) 0.71500-0.71800 dilihat menjadi rintangan buat harga meneruskan kenaikan.

Jika kenaikan berjaya melepasi zon tersebut, paras resistance pada 0.72400 akan menjadi destinasi kenaikan lebih tinggi harga.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan terhampir dilihat akan dituju harga pada 0.70800 sebelum penurunan lebih rendah akan ke zon support di bawah paras 0.70300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat