Kenapa Pula Harga Minyak Kembali Merosot?

486

Emas hitam kembali memaparkan pergerakan tidak menentu dengan didagangkan lebih rendah pada hari Rabu, dihimpit oleh kebimbangan bahawa langkah kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) akan mendorong kepada kemelesetan global.

Dagangan komoditi itu susut ketara pada Selasa, yang menyaksikan dagangan minyak Brent jatuh sekitar 1% sementara WTI Amerika Syarikat pula menjunam kira-kira 1.7%.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent didagangkan stabil pada $121 setong, manakala WTI AS pula berlegar pada $119 setong.

Inflasi AS yang tinggi pada bulan Mei telah mencetuskan jangkaan peningkatan kadar lebih besar oleh Fed pada mesyuarat FOMC minggu ini, menyebabkan pasaran bimbang impaknya pada pertumbuhan ekonomi semasa.

Dalam pada itu, pengukuhan harga minyak turut terkesan dengan peningkatan tidak dijangka dalam laporan inventori minyak mentah AS yang meningkat sebanyak 736,000 tong pada minggu lalu, melebihi jangkaan untuk penurunan sebanyak 1.2 juta tong oleh pasaran.

Selain itu, data dari Institut Petroleum Amerika (API) juga menunjukkan bekalan petrol jatuh sebanyak 2.2 juta tong sementara stok penyulingan pula meningkat sekitar 234,000 tong.

Di sisi lain, Jawatankuasa Kewangan Senat AS, Ron Wyden telah merancang untuk memperkenalkan undang-undang yang menetapkan cukai tambahan 21% ke atas keuntungan syarikat minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat