Kenapa Pula? Komuniti Terra Undi Bantahan Terhadap Pelan Rancangan Terra

1,188

Dalam undian awal, komuniti Terra telah menzahirkan kebantahan terhadap rancangan yang diumumkan oleh pengasas Terra Do Kwon yang mencadangkan untuk mengubah rantaian Terra kepada rantaian baru tanpa stablecoin algoritma.

Selain itu, komuniti Terra percaya pembakaran LUNA boleh menjadi pilihan terbaik seperti yang dicadangkan oleh CEO Binance Changpeng Zhao. Orang ramai menyalahkan pasukan pembangun Terra kerana tidak mendengar suara komuniti dan lebih mementingkan untuk menyelamatkan pelabur kelompok ikan paus berbanding pelabur runcit.

Pada Isnin semalam, Do Kwon mencadangkan “Pelan Pemulihan Ekosistem Terra 2” yang bertujuan untuk menghidupkan semula ekosistem Terra, dengan menganggap sistem itu lebih berharga daripada UST stablecoin.

Walaupun undian rasmi akan bermula pada 18 Mei namun undian awal yang merangkumi lebih 1000 ahli komuniti Terra menunjukkan sentimen penentangan terhadap rancangan yang diputuskan. 90% daripada para peserta yang terlibat dalam undian penentangan yang  dimana rancangan awal mengusulkan untuk melakukan ‘fork’.

Cadangan itu memberi tumpuan kepada “menyelamatkan” ekosistem Terra dan komunitinya. Di bawah cadangan itu, rantaian lama akan dipanggil Terra Classic (Luna Classic – LUNC). Sedangkan, rantai baru akan dipanggil Terra (LUNA). Token LUNA baharu akan diberikan secara airdrop bagi mereka yang ‘staking’ Luna Classic, pemegang Luna Classic dan pemegang UST.

Komuniti Terra mahu Terraform Labs memberikan pengembalian kepada pemegang runcit UST. Cadangan ini merupakan cadangan yang popular dan turut disokong oleh Vitalik Buterin, CZ dan Justin Sun.

Terraform Labs telah membayar 100 bilion won, atau $78.68 juta, dalam bentuk cukai kepada Perkhidmatan Percukaian Korea pada akhir tahun 2021. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa cukai dan pengawal selia kewangan gagal untuk campur tangan dalam situasi yang berlaku pada minggu lalu sehingga menyebabkan para pelabur terjejas.

Selain itu, seorang pegawai cukai biro cukai negara memberitahu Terraform Labs Korea telah menutup ibu pejabat di Busan dan cawangan Seoul sebelum kejadian tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat