Kenapa Pula USD Kembali Tersembam Lepas Naik Tinggi?

1,005

US dolar didagangkan lebih rendah pada hari Selasa selepas bacaan data perkhidmatan Amerika Syarikat yang kurang memberangsangkan memaksanya mengurangkan keuntungan Jumaat lalu.

Raja mata wang itu telah mencatat pengukuhan susulan laporan pekerjaan NFP AS yang menunjukkan pertambahan ketara pada bulan Mei, sebanyak 339,000 berbanding jangkaan 193,000.

Angka yang disemak semula untuk bulan April juga dengan meningkat dengan pertambahan sebanyak 294,000 daripada 253,000 pekerjaan, sekali gus mengukuhkan lagi dagangan US dolar.

Bagaimanapun, terbitan data pada hari Isnin kembali menolak jatuh mata wang gergasi itu. Walaupun sektor perkhidmatan menunjukkan pengembangan pada bulan Mei, tetapi trend yang dilihat semakin sederhana telah meresahkan pelabur.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan berlegar pada sekitar harga 104.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Susulan daripada penyusutan greenback, euro memanfaatkan peluang tersebut untuk kembali beberapa memadamkan kerugian terdahulu untuk didagangkan sekitar harga 1.07150 berbanding USD pada sesi Asia.

Sementara itu, mata wang pound turut mencatatkan pemulihan, tetapi masih diniagakan lebih rendah pada sekitar harga 1.2440 berbanding US dolar.

Menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi Asia hari ini adalah mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang dijangka akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 3.85%.

Dolar Aussie kini didagangkan mendatar pada sekitar harga 0.6615 berbanding greenback yang menandakan kewaspadaan pelabur menjelang keputusan polisi RBA.

Dolar Kanada pula tanpa dijangka lebih kukuh berbanding greenback, hanya menerima sedikit impak daripada NFP minggu lalu kerana disokong oleh harga minyak yang lebih kuat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat