Kenapa Rasa “Terlebih Yakin” Akan Membunuh Cita-Cita Anda Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

5,282

Ketika mula berjinak-jinak dengan ‘forex trading’, ramai yang sedia maklum ini bukanlah permainan atau pekerjaan yang mudah, malah statistik yang menakutkan seperti 95% traders gagal dan hanya 5% sahaja yang berjaya, selalu digembar-gemburkan.  Namun demikian, ada yang membuat keputusan untuk mencuba perkerjaan baru ini selepas hilang pekerjaan atau mungkin ketika masih belajar lagi.

Bagi yang masih belajar atau bujang, mungkin agak mudah kerana tidak banyak komitmen seperti mereka yang sudah berumah-tangga.  Bagi yang sedang bekerja, boleh jadikan ianya kerja part-time dan jana sedikit pendapatan buat ‘cover’ perbelanjaan dapur atau duit kereta.

Namun ada juga yang baru berhenti kerja dan dengan sedikit duit VSS, memulakan kerjaya baru sebagai ‘forex trader’. Bermulalah arena mereka dalam forex trading ini.

Amat menarik bila berbincang dengan traders, kerana ramai yang berjaya pada awalnya seperti kata orang ‘beginner luck’.  Keyakinan pun bertambah selepas menjadikan akaun $100 kepada $1,000.  Tapi sayangnya kejayaan itu selalunya tidak lama dan ramai yang mula menghadapi kerugian demi kerugian atau kekalahan demi kekalahan.  Keyakinan itu bagus, tapi bila dah start rasa ‘overconfident’ dan serba cukup.  Disinilah akan bermula segala masalah.

Berikut adalah beberapa perkara yang berlaku apabila anda menjadi terlebih yakin:

# Mengambil lot size yang lebih besar dalam satu trade

Anda mempunyai lebih banyak wang dalam akaun anda, jadi anda boleh membesarkan lot size anda dan membuat lebih banyak wang. Maklumlah, $100 dah jadi $1,000 dan ketamakan mula menguasai diri.

Persoalan yang perlu selalu ditanya pada diri ketika trade adalah: adakah lot yang diambil itu berkadaran dengan saiz akaun atau melampaui batas? Yang terakhir ini mungkin apa yang berlaku dan anda mula mengambil risiko yang lebih besar daripada saiz akaun dan bila market reverse, akaun anda MC dan kemudian ‘stop-out’.

Selalulah berfikir bahawa jika akaun anda stop-out, anda bakal kehilangan perniagaan dan pekerjaan.  Jadi anda perlu ada had risiko dalam setiap trade.  Dengan modal yang anda ada, tanyalah diri: berapa yang aku sanggup rugi dalam satu trade?

Berapa banyak peluang trade yang aku nak bagi diri aku.  Sebagai contoh, sekiranya anda ada modal $100 dan sanggup rugi $20 dalam setiap trade, anda telah memberi 5 peluang sahaja untuk diri anda.

# Mengambil lebih banyak trade:

Jika satu trade anda untung, tentulah lebih banyak trade akan membuat lebih banyak untung. Walau bagaimanapun, ‘overtrade’ juga meningkatkan risiko untuk anda kehilangan lebih banyak modal.

Memang benar, tapi bagaimana kalau analisa anda salah? Sudahkah difikirkan dimana anda akan ‘cut-loss’ sekiranya anda sedar analisa anda silap atau anda tertekan lot-size yang lebih besar dari yang anda mahu?  ‘Traders’ overtrade kerana mereka mahu cepat kaya dan disinilah ianya akan menjadi perjudian.

Selalulah berfikir bahawa, ‘tak lari market dikejar’ kerana market akan sentiasa ada. Biarlah lambat tapi pasti berjaya.  Bak kata orang putih, ‘slowly but surely’.  Jadi pastikan anda hanya ambil trade yang berpotensi tinggi untuk untung dan hadkan risiko supaya anda akan terus ada modal untuk berniaga dan bekerja sebagai seorang ‘trader’.

# Mengubah stop-loss:

Dengan modal yang sudah bertambah, anda rasa anda mempunyai keupayaan untuk mengenepikan peraturan trading anda. Ia boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar daripada yang anda jangkakan.

Bila trade anda asyik untung, anda mula berfikir anda sudah berjaya membaca pergerakan market dengan tepat dan tidak mahu kalah atau salah dalam analisa anda.  Jadi anda ubah ‘stop-loss’ dan keadaan menjadi semakin buruk dan akhirnya akaun anda MC kemudian ‘stop-out’.

Selalulah berfikir bahawa, tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.  Keadaan boleh menjadi lebih buruk dan anda perlu minimakan kerugian supaya anda masih ada modal untuk trade yang seterusnya.  Bila anda tahu anda telah silap dan tidak mematuhi ‘trading rules’ anda, akuinya dan kurangkan rugi.

# Trade diluar waktu biasa anda:

Ada yang terfikit “setelah berjaya menjana $100 jadi $1,000 dan anda biasa trade waktu malam lalu mengapa tidak trade pada waktu lain?” lagipun nampaknya anda sudah terbukti berjaya.  Mungkin boleh trade ketika waktu kerja masa boss tak nampak? – ini yang bahaya ni.

Jangan lupa bahawa sistem anda mungkin tidak sesuai pada waktu lain, anda mungkin letih dan bahawa anda mungkin akan kehilangan fokus diluar waktu kebiasaan anda.

Selalulah berfikir bahawa setiap kerja memerlukan fokus dan ‘trading’ tidak terkecuali. Menurut kajian, mereka yang buat dua-tiga kerja pada satu-satu masa atau dipanggil ‘multi-tasking’, kurang efektif berbanding mereka yang fokus pada satu-satu kerja.

Wujudkanlah satu proses untuk anda ikuti dalam perniagaan dan pekerjaan baru anda sebagai seorang ‘trader’.

# Mengabaikan ‘trading plan’:

Setelah mengalami kejayaan, anda mungkin merasa bahawa andalah yang menyebabkan anda berjaya, bukanlah sistem atau lain-lain faktor. Lagipun andalah yang menekan butang ‘buy atau sell.  Jadi, apa gunanya sistem apabila anda telah mahir dalam meramal pergerakan pasaran dan asyik untung?  Bila anda rasa serba cukup, itulah petanda anda bakal gagal.

Kejayaan tidak datang bergolek. Ia adalah hasil ketekunan anda melakukan usaha satu demi satu untuk berjaya. Sebelum ini mungkin anda ada trading plan, tetapi selepas anda rasa cukup dan sudah “pandai”, anda mengabaikannya. Itulah faktornya anda tidak dapat mengulangan kejayaan anda dalam trading. Jadi stick to it. Tetapkan hati mengikut trading plan anda.

Nak kan lebih inspirasi? Dengan kisah dunia trader yang memaparkan kejayaan trader-trader jutawan seluruh dunia. Baca di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat