Kenapa Top Glove Cepatkan Program Pembelian Balik Bon Ni?

392

Anak syarikat milik penuh Top Glove Corp Bhd, TG Excellence Bhd akan mempercepatkkan program pembelian balik bon di bawah sukuk bernilai RM3 bilion.

Tindakan tersebut telah diambil sebagai langkah pengurusan modal dan bagi imbangi kunci kira-kira pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu dalam mengoptimumkan kedudukan modalnya, selain mengurangkan kos pembiayaan.

Menurut pemfailan Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) kepada Bank Negara Malaysia (BNM), TG Excellence telah membeli balik dan membatalkan bon bernilai RM50 juta pada beberapa hari lalu di bawah program sukuk kekal RM3 bilion.

Terangnya, bon bernilai RM40 juta telah dibatalkan pada 29 April lalu manakala baki RM10 juta pula pada 5 Mei.

Kemudian 1 lagi bon bernilai RM10 juta akan terbatal pada 13 Mei kelak ekoran pemberitahuan urus niaga pembelian balik oleh penerbit.

Sungguhpun begitu, HLIB tidak menyatakan tempoh atau kadar keuntungan susuk kekal oleh TG Exellence.

Namun, merujuk kepada kenyataan Top Glove bertarikh 20 Februari 2020 mengenai susuk kekal tersebut, ia menawarkan kadar keuntungan tahunan sebanyak 3.95% tanpa tarikh matang sah.

Dalam pada itu, pemfailan syarikat kepada Bursa bertarikh 28 April ada menjelaskan hasrat syarikat di bawah pembelian balik bon ekoran laporan mengenai pembatalan bon di bawah skim kekal RM3 bilion TG Excellence.

Hujahnya, susuk kekal yang pertama kali diterbitkan pada Februari 2020 sebanyak RM1.3 bilion dan kuponnya bernilai 3.95% setahun.

Berdasarkan kedudukan tunai syarikat dan rancangan pengurusan modal yang sedang dilaksanakan, mereka telah membeli sejumlah nominal sukuk kekal sebanyak RM40 juta pada diskaun dalam pasaran terbuka.

Buat masa ini, Top Glove menyatakan bahawa syarikat akan berterusan berbuat sedemikian pada jumlah dan harga yang betul, serta akan meneruskan pembatalan sukuk kekal mengikut terma dan syarat di bawah skim bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat