Kenapa US Dolar Jatuh Di Time-frame Besar Sejak Awal Tahun Ini?

1,181

US dolar membuat kenaikan pada Selasa berbanding matawang-matawang utama yang lain selepas berhadapan dengan tekanan minggu lalu. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.50% setakat pukul 5.00 petang.

Secara umumnya, apa yang menyebabkan kelemahan US dolar sejak awal tahun ini adalah hakikat bahawa bank-bank pusat utama yang lain juga ke arah mengetatkan polisi mereka. Antara bank pusat yang sedang mengetatkan polisi adalah Bank of Canada (BoC) dan Bank of England (BoE).

Selain itu, antara yang menjadi kebimbangan pasaran adalah peningkatan hutang kerajaan Amerika Syarikat dengan cadangan penambahan bajet kerajaan oleh Presiden Trump.

Kelemahan US dolar baru-baru ini juga disumbangkan oleh komen Menteri Kewangan AS Steve Mnuchin yang seakan menyokong kelemahan US dolar. Pasaran bimbang jika Amerika menggunapakai dasar untuk melemahkan matawangnya bagi menyokong eksport ke luar negara.

Daripada beberapa faktor di atas, jelas dilihat US dolar tertekan disebabkan beberapa berita dan event (peristiwa) yang berlainan. Sejak daripada Jumaat lepas, matawang greenback membuat kenaikan walaupun jatuh begitu banyak minggu lalu terutamanya pada Rabu dan Khamis.

Dengan pengukuhan US dolar, EUR/USD dilihat tertekan sehingga ke hari ini dengan fokus pasaran terarah kepada undian parti SPD di Jerman. Parti SPD pada Selasa akan mengundi sama ada mahu bergabung dengan parti CDU pimpinan Angela Merkel bagi membentuk kerajaan Jerman atau tidak.

Itali juga akan mengadakan pilihanraya umum pada 4 Mac depan yang mana dijangka tiada parti mendapat majoriti.

Kedua-dua perkara ini menjadi risiko kepada matawang Euro sejak minggu lalu yang menjadi faktor menekan matawang tunggal itu pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat