Kenapa US Dollar Jatuh Walaupun Kadar Faedah The Fed Dinaikkan?

1,123

Pasaran menjangka komen yang lebih hawkish daripada Federal Reserve dalam penetapan polisi monetari pada Khamis. Bagaimanapun, unjuran kenaikan kadar faedah yang ditunjukkan oleh graf ‘dot-plot’ hanya menunjukkan tiga kali kenaikan kadar faedah pada tahun ini sekaligus menyebabkan US dollar menjunam.

Kenaikan kadar faedah The Fed telah diserap (priced-in) sepenuhnya oleh pasaran pada Khamis dalam kata lain kenaikan kadar faedah ini telah dijangka sejak awal tahun ini lagi. Dengan pasaran yang telah menjangka kenaikan kadar itu, pasaran tidak memberikan reaksi yang positif kerana fokus pasaran telah beralih kepada perkara lain.

Oleh itu, pasaran lebih menumpukan kepada isyarat yang diberikan oleh Fed terhadap pengetatan polisi di masa akan datang khususnya sama ada tiga kali kenaikan kadar atau empat kali pada tahun ini.

Ramai beranggapan analisis ‘dot-plot’ iaitu analisis yang menunjukkan unjuran kenaikan kadar faedah akan menunjukkan empat kali kenaikan, tetapi ternyata ramai yang tersilap. Hal ini sekaligus menyebabkan kejatuhan US dollar pada Khamis.

Antara penyebab jangkaan pasaran terhadap 4 kali kenaikan kadar faedah adalah komen hawkish Powell sebelum ini terutamanya semasa beliau memberi keterangan kepada Kongres bulan lalu. Pada masa itulah pasaran melihat potensi kenaikan kadar faedah Fed sehingga 4 kali.

Dengan komen yang kurang hawkish semalam terutamanya dalam sidang media, Powell dilihat kurang meyakinkan pasaran tentang kenaikan kadar faedah yang lebih banyak pada tahun ini sehingga menyebabkan pasaran menjual US dollar.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat