Kenapa USD Terjun Walaupun NFP AS Kuat?

565
  • NFP AS lebih kuat daripada jangkaan
  • Bacaan tersasar ISM perkhidmatan membayangi NFP
  • Pembukaan semula China

US dolar bergerak lemah pada sesi Asia menyusuli kejatuhan yang dicatatkan pada akhir dagangan minggu lalu walaupun diperlihatkan dengan bacaan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kukuh.

Greenback pada mulanya menguat menjelang terbitan data tersebut berikutan petunjuk daripada peningkatan dalam laporan pekerjaan ADP dan tuntutan pengangguran yang menurun.

Namun, apabila data NFP dikeluarkan dengan pertambahan pekerjaan yang lebih kuat dan penurunan kadar pengangguran pada bulan Disember, pasaran sebaliknya memberi tumpuan pada pertumbuhan gaji yang lebih perlahan.

Ekonomi AS menambah sebanyak 223,000 pekerjaan pada bulan lepas, lebih baik dari jangkaan untuk meningkat 200,000 tetapi merosot dari catatan November sebanyak 256,000. Namun, ini merupakan kenaikan terkecil dalam tempoh dua tahun.

Kadar pengangguran pula mengejutkan pasaran dengan menurun kepada 3.5% daripada 3.6% yang disemak semula pada November dan melebihi jangkaan 3.7%.

Pun begitu, pertumbuhan upah mula menunjukkan pengurangan kepada 0.3% daripada 0.4% sebelumnya yang memberi petanda untuk kenaikan kadar lebih perlahan dari Federal Reserve disebabkan tekanan harga yang berkurangan.

Situasi bertambah buruk apabila data PMI perkhidmatan ISM AS diterbitkan memaparkan penguncupan pada bulan Disember menyebabkan US dolar terseret lebih rendah.

Ekoran daripada kemerosotan dolar Amerika, kebanyakan mata wang utama lain memanfaatkan peluang untuk meningkat lebih tinggi.

Sesi Asia menyaksikan dolar Aussie menguat sekitar paras tertinggi 4 bulan, manakala New Zealand terkuat dua minggu, dengan berita pembukaan semula China turut mendukung sentimen lebih baik.

Di sisi mata wang Eropah, dagangan euro dan pound juga meningkat, cukup untuk menyokong kedua-dua mata wang itu bangkit dari paras terendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat