Kenapa Yen Lemah Minggu Lalu Walaupun Dengan Perang Perdagangan AS-CHINA?

655

Matawang yang paling jelas dilihat pergerakannya pada minggu lalu adalah matawang Yen. Yen merekodkan kejatuhan berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan sentimen yang tidak menentu pada tempoh (2 – 6 April).

Yen merekodkan kerugian kedua minggu berturu-turut dalam suasana sentimen ‘perang perdagangan’ yang berubah-ubah. Dengan kelemahan Yen, pasaran dilihat beransur pulih khususnya apabila terdapat komen positif daripada penasihat ekonomi  AS, Kudlow.

Yen dilihat melemah dengan Amerika dan China yang saling bertindak balas terhadap pengenaan tariff import. Pada mulanya China mengumumkan tariff terhadap produk Amerika pada awal minggu lalu. Hal ini bertambah buruk apabila China mengenakan lagi $50 billion tariff kepada 106 produk Amerika Syarikat.

Walaupun dengan sentimen yang kekal membimbangkan, tetapi komen-komen daripada pegawai White House sedikit meredakan sentimen. Fokus pasaran yang turut beralih kepada NFP menjelang hari terakhir dagangan minggu lalu juga banyak membantu sentimen pasaran.

Sentimen sekali lagi terganggu apabila Trump mengarahkan pada awal pagi Khamis kajian untuk menambah $100 billion tariff kepada China. Ternyata Yen mengukuh ketika itu, tetapi ia tidak berpanjangan dengan USD/JPY menguat semula.

Matawang Yen adalah matawang yang dilihat sebagai petunjuk kepada sentimen pasaran, kerana tahap kesensitifan matawang jepun ini kepada perubahan keadaan pasaran. Yen cenderung untuk menguat apabila terdapat risiko kepada pasaran, dan melemah apabila pasaran kembali pulih. Namun, jika sesuatu berita itu sudah dapat dijangka atau dapat dibaca oleh pasaran, kesannya kepada Yen juga tidak begitu banyak seperti yang dapat kita lihat pada minggu lalu.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat