Kenyataan Arab Saudi Buat Harga Minyak Makin ‘Ganas’

126

Kebimbangan pasaran mengenai kekurangan bekalan bahan bakar global terus menambah sokongan buat dagangan emas hitam untuk meningkat lebih tinggi pada hari Jumaat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan meningkat sekitar 0.6% ke paras ketinggian tujuh tahun pada $81.28 setong, menjadikannya kenaikan 3% pada minggu ini.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula didagangkan menokok 0.7% pada $84.55 setong, menguat di tahap tertinggi tiga tahun dengan peningkatan 2.3% pada minggu ini.

Terdahulu, pengeluar minyak terbesar Arab Saudi menolak permintaan untuk menaikkan pengeluaran OPEC+, dengan mengatakan peningkatan beransur-ansur yang dilaksanakan kumpulan itu adalah untuk melindungi pasaran minyak daripada perubahan drastik harga yang berlaku dalam pasaran gas asli dan arang batu.

Pada mesyuarat bulan ini, OPEC+ tetap dengan kesepakatan mereka sebelum ini untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari setiap bulan.

Sementara itu, data terbaru daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS mengejutkan pasaran dengan peningkatan sebanyak 6 juta tong pada minggu lalu, lebih tinggi dari jangkaan untuk kenaikan hanya sebanyak 702,000 tong.

Bagaimanapun, dagangan minyak hanya memberi sedikit reaksi susulan data tersebut sebelum kembali mendaki lebih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat