Kenyataan Balas BOE Terhadap Kesatuan Eropah Dalam Isu Brexit

572

Bank of England (BOE) telah membantah tindakan Kesatuan Eropah (EU) kerana mempertaruhkan risiko bahawa £29 trilion ($ 38 trilion) derivatif mungkin tidak dapat diperdagangkan selepas Mac tahun hadapan.

Dalam Laporan Kewangan, yang diterbitkanpada hari Rabu, bank pusat U.K. melaporkan kerajaan British telah berkomitmen terhadap perjanjian sementara bermula Mac 2019 walaubagaimanapun EU belum membuat janji yang sama. Britain dijangka meninggalkan blok itu pada 29 Mac, 2019.

BOE risiko terbesar Brexit terhadap perkhidmatan kewangan berlaku pada kedua-dua belah pihak iaitu EU dan U.K. Juser perlu untuk memastikan kesinambungan derivatif sedia ada.

Dalam laporan tersebut, bank pusat UK mengatakan bahawa EU tidak”menunjukkan penyelesaian yang serupa dengan terhadap perjanjian rejim kebenaran sementara.

Bank itu menganggarkan bahawa perkara ini jika tidak ditangani boleh menjejaskan kira-kira satu perempat kontrak derivatif antara U.K dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), dengan nilainya sekitar £ 29 trilion. Daripada jumlah itu, sekitar £ 16 trilion adalah disebabkan oleh kematangan derivatif selepas Britain meninggalkan EU.

Derivatif ialah kontrak antara dua atau lebih pihak yang nilainya berdasarkan aset kewangan asas seperti saham, bon, komoditi, mata wang atau kadar faedah.

Kerajaan U.K telah komited untuk meluluskan, termasuk membolehkan rakan-rakan EEA meneruskan kontrak dengan entiti U.K. jika perlu. Namun pihak berkuasa EU tidak mengumumkan hasrat untuk membolehkan pihak berwenang U.K untuk terus memberi kontrak dengan pihak-pihak di EEA.

Tuduhan/kenyataan ini dapat dilihat sebagai tindak balas terhadap kritikan EU minggu lalu yang mendakwa bank U.K. tidak bersedia untuk hard Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat