Kenyataan Baru RBNZ Ini Mungkin Akan Kecewakan Pelabur

199

Bank Pusat New Zealand (RBNZ) mungkin akan mengekalkan rangsangan monetari semasa untuk jangka masa lebih lama daripada menariknya terlebih awal, kata seorang pegawai kanan pada Isnin.

Pada mesyuarat polisi minggu lalu, bank pusat mengekalkan kadar faedah dan program pembelian aset tidak berubah. Bagaimanapun, ia turut menerbitkan unjuran baru yang menunjukkan kenaikan kadar faedah lebih awal pada tahun depan.

Ini menjadikan New Zealand sebagai salah satu ekonomi maju pertama yang memberi isyarat untuk mengetatkan semula dasar monetari mereka, selepas Bank Pusat Kanada (BOC).

Namun begitu, menurut kenyataan terbaru Penolong Gabenor RBNZ Christian Hawkesby, implikasi Covid-19 belum berakhir dan jumlah rangsangan monetari semasa masih diperlukan untuk menyokong pemulihan ekonomi negara.

Hawkesby berkata, unjuran bank pusat mengenai kenaikan kadar pada tahun depan adalah berdasarkan kepada perkembangan yang dipaparkan dalam pemulihan ekonomi.

Prospek positif bank pusat telah didorong oleh pemulihan dalam negeri yang lebih cepat daripada dijangkakan susulan pelancaran vaksin global, sekali gus mendorong dolar New Zealand untuk terus mengukuh.

Tambah Hawkesby lagi, RBNZ menyedari terdapat risiko dalam menerbitkan unjuran kadar faedah baru-baru ini, dan pasaran perlu ingat bahawa ia adalah unjuran bersyarat, di mana bank pusat hanya akan meningkatkan kadar faedah sekiranya pemulihan yang dipamerkan menepati sasaran mereka.

Ketika penulisan, dolar New Zealand didagangkan di sekitar harga 0.72580 berbanding USD, sedikit turun dari keuntungan yang dicatatkan selepas mesyuarat polisi minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat