Kenyataan Dewan Persidangan Kanada Menyebabkan Pengukuhan CAD Terbantut?

288

Matawang dolar Kanada didagangkan susut pada permulaan minggu ini. Pada awal pembukaan pasaran Amerika USD / CAD diperdagangkan pada 1.3156, susut 0.16% dan mula mengukuh sedikit setakat jam 11.20 p.m.

Minggu lepas berakhir dengan jualan runcit Kanda melonjak naik iaitu dengan peningkatan sebanyak 23.7% pada bulan Jun berbanding dengan lonjakan pada bulan Mei yang hanya catat kenaikan 18.7%.

Perbelanjaan pengguna sebelum ini dikekang oleh penularan wabak Covid-19 yang terus membebani ekonomi. Walaubagaimanapun, bacaan ini membawa indikasi bahwa ekonomi semakin pulih.

Pada hari Isnin, Dewan Persidangan Kanada (CB) mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa pemulihan dari Covid-19 akan memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan. Keyataan tersebut turut menyatakan bahawa walaupun bacaan suku ketiga semakin baik namun output ekonomi berkemungkinan besar tidak akan kembali kepada tahap pra-pandemik. Ia sangat bergantung kepada momentum pemulihan di Amerika Syarikat.

Disisi lain, matawang Euro didangkan kukuh berbanding US dolar dengan meningkat 0.45% pada hari ini. Tumpuan pasaran kini tertumpu pada bacaan akhir pertumbuhan ekonomi Jerman pada hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.213 setakat jam 11.35 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat