Kenyataan Dovish Janet Yellen, US Dolar Menjunam

46

Pengerusi The Fed Janet Yellen akan memberi keterangan di hadapan Kongres US malam ini tentang keadaan semasa ekonomi dan polisi monetari.

Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan 90 minit lebih awal, Yellen mengatakan keadaan ekonomi semasa dijangka akan membenarkan kenaikan kadar secara beransur-ansur.

Yellen juga mengatakan ekonomi semakin meningkat pada suku kedua berikutan perbelanjaan isirumah yang meningkat, pelaburan perniagaan di samping pengukuhan ekonomi global.

Tindak balas inflasi terhadap ekonomi dilihat sebagai risiko utama kepada ekonomi. Yellen juga mengatakan, The Fed akan meneliti pergerakan inflasi walaupun kelemahan data baru-baru ini adalah disebabkan kejatuhan harga bagi item-item tertentu.

Teks awal yang dikeluarkan juga menyatakan The Fed tidak akan menaikkan kadar faedah lebih banyak untuk mencapai kadar terendah semasa kadar neutral (Neutral Rate) Fed Fund Rate di mana ekonomi berada dalam keadaan keseimbangan dan stabil.

Yellen juga menyatakan tentang penyata imbangan di mana ia meungkin akan dikurangkan pada tahun ini.

Komen tentang kadar faedah tidak akan dinaikkan lebih banyak bagi mencapai Neutral Rate memburukkan jangkaan kepada pengetatan polisi yang lebih banyak menekan US dolar, dengan tiada pengesahan data-data lemah sebelum ini adalah sementara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat