Kenyataan ECB Malam Ini Dijangka Sangat Berhati-Hati

40

Bank pusat Eropah (ECB) dijangka mengekalkan pelonggaran polisi dalam mesyuaratnya malam ini dengan inflasi kekal di bawah paras sasaran walaupun pertumbuhan ekonomi semakin kukuh di Zon Eropah.

Ekonomi Zon-Eropah berada pada prestasi baik sejak 10 tahun lalu, tetapi Presdien Drgahi masih belum yakin dengan kenaikan inflasi boleh bertahan dengan sendirinya kerana kenaikan kadar gaji masih lemah.

Dengan keadaan ekonomi yang masih mempunyai sedikit kelemahan, ECB dijangka akan mengekalkan polisinya termasuk program pembelian bon dan juga kadar faedah sifar walaupun tindakan ini beberapa kali ditentang oleh Jerman.

“Kami jangka ECB akan menjadi sangat, sangat berhati-hati dalam menyampaikan penilaian ekonomi mereka,” kata David Kohl, penganalisis di Julius Baer.

Ada sumber yang mengatakan kepada Reuters bahawa ECB akan meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi, tetapi dijangka memotong ramalan inflasi sehingga 2019.

Data-data yang agak bercampur-campur dengan jangkaan ekonomi belum kukuh menguatkan lagi tindakan kepada mengekalkan polisi pelonggaran termasuk kenyataan untuk memotong kadar jika perlu.

“Hal ini menaikkan kebarangkalian bahawa ECB tidak akan membuat perubahan kepada komunikasi mereka dalam mesyuarat,” kata penganalisis di Nomura.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan ECB berhati-hati adalah hutang besar kerajaan dan syarikat-syarikat di Zon Eropah. Selain itu, pinjaman yang tidak dibayar memberi tekanan kepada bank-bank di negara seperti Itali dan Portugal dengan ketidaktentuan politik menjelang pilihanraya di Jerman dan Itali.

Sebelum ini pasaran menjangka ECB akan mengurangkan kenyataan yang berbaur ‘dovish‘ dengan ekonomi yang semakin baik dengan membuang perkataan atau ayat ‘dovish‘ dalam kenyataan polisi monetari.

Pasaran masih melihat tindakan kepada pelonggaran polisi mungkin akan berlaku tahun depan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat