Kenyataan Ini Penyebab Bitcoin, Ethereum & Dogecoin Merana!

288

Berita yang agak negatif pada Rabu semalam pasti memberi kejutan kepada para pelabur apabila kebanyakan syarikat gergasi Wall Street dilaporkan bakal mengurangkan tenaga kerja sebagai persediaan kemelesetan yang sedang mendatang.

Pengumuman drastik tersebut telah memberi gegaran kepada pasaran mata wang kripto susulan pedagang Wall Street berpusu-pusu menjual saham atau aset digital yang dipegang mereka.

Antara aset digital yang terkesan adalah Bitcoin (BTC) dengan penyusutan 1.2% pada zon harga $16,836 dalam tempoh 24 jam lalu.

Manakala Ethereum (ETH) merosot 2% pada $1,299 di mana ia telah menjunam sebanyak 74% daripada paras tertinggi sepanjang masa $4,878.

Selain daripada itu, memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) turut menjadi antara salah satu kripto yang paling menerima impak dengan penurunan 4.2% dalam tempoh 24 jam lalu pada paras harga $0.095 ketika Nasdaq 100 dan S&P 500 turut membuat penurunan.

Melalui pemerhatian, pasaran kripto kini sentiasa mengikuti pergerakan ekuiti Amerika Syarikat (AS), bilamana kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk mengawal inflasi telah memberi reaksi kepada harga aset digital.

Hal ini berikutan kerana pelabur menjual aset berisikonya seperti saham teknologi dan BTC kerana menganggap memegang dolar AS adalah lebih selamat buat masa sekarang.

Namun perlu diingatkan juga bahawa krisis Terra turut menjadi punca kepada seluruh pasaran kripto termasuk BTC dan ETH mengalami kejatuhan drastik.

Malah, kejatuhan FTX baru-baru ini telah membuatkan para pelabur enggan melabur dalam kripto ekoran mereka takut ia akan membawa sejumlah kerugian besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat