Kenyataan Optimis Trump Mengenai Perjanjian Dagang Dorong Pemulihan USD

252

Matawang USD meningkat di pasaran sesi Asia berikutan terdapat perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China, di mana Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa perjanjian fasa pertama ‘semakin hampir’. Ia telah mengukuhkan lagi kenyataan optimis daripada Presiden China Xi Jinping pada Jumaat lalu.

Sementara itu, data PMI Pembuatan AS mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik daripada jangkaan dengan meningkat kepada 52.2 pada November 2019 daripada 51.3 yang diperoleh pada Oktober, mengatasi unjuran pasaran sebanyak 51.5. Pembacaan tersebut menunjukkan kepada pertumbuhan yang paling besar dalam aktiviti perkilangan sejak April.

Dolar USD mengukuh berbanding dagangan safe-haven yen dengan kenaikan sebanyak 0.14% manakala indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama kukuh pada 98.26.

Selain itu, mengikuti perkembangan di Eropah, PM UK Boris Johnson menyokong pergerakan pound dengan janji beliau untuk ‘mendapatkan Brexit’ dan membawa perjanjian Brexitnya kembali ke parlimen sebelum perayaan Krismas.

Hal ini telah mengangkat matawang pound berbanding USD pada sesi Asia walaupun dengan pergerakan kecil, selepas jatuh pada dagangan hujung minggu berikutan data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK yang tidak memberangsangkan pada Jumaat lalu dengan masing-masing mengalami penyusutan ketara daripada dijangkakan.

Data PMI yang bercampur-campur di Zon Eropah menunjukkan rantau ini secara keseluruhan berkembang pada kadar yang lebih perlahan, telah memberi tekanan buat dagangan euro untuk terus menyusut berbanding USD.

Ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada Jumaat lalu, memberitahu ketegangan perdagangan dan ketidakpastian geopolitik telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global, dan berikutan itu, beliau menyeru kepada Eropah supaya membangunkan dasar campuran baru yang merangkumi rangsangan fiskal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat