Kenyataan Polisi Monetari Bank Pusat Australia, RBA

36

Bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) sependapat dengan ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi dalam Kenyataan Polisi Monetari Sukuan, dalam masa yang sama mereka menunjukkan kadar faedah akan kekal di masa hadapan.

Ahli RBA menjangka pertumbuhan GDP akan berada di sekitar 2.5% dan 3.5% dalam jangka masa dua tahun yang mana tidak berubah dari ramalan yang dibuat pada Februari lalu. Inflasi CPI juga diramal kembali ke paras sasaran dalam jangka masa yang sama.

Dalam kenyataan itu juga, RBA menyatakan pertumbuhan ekonomi kembali sihat dengan ekonomi berkembang kukuh di akhir 2016. Negara ini merekod pertumbuhan negatif (menguncup) pada suku ketiga 2016 yang meningkatkan kebimbangan kepada kemelesetan ekonomi.

Inflasi tahunan juga naik semakin pantas dengan harga pengguna (CPI) naik kepada 2.1% pada suku pertama 2017.

RBA telah mengekalkan kadarnya (cash rate) minggu ini, satu keputusan yang telah dijangka oleh pasaran. Kadar ini dikekalkan sejak Ogos lagi dalam usaha RBA menggalakkan aktiviti ekonomi dan menstabilkan semula inflasi dan pertumbuhan.

Ahli RBA mengekalkan pandangan optimis terhadap ekonomi yang didorong oleh kebangkitan semula harga kamoditi sejak awal tahun ini dan juga permintaan global yang semakin baik. Mesyuarat RBA seterusnya akan berlangsung pada 6 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat