Kenyataan Terbaru EIA Buat Minyak Mentah Terus Membungkam!

365

Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) mengatakan peningkatan semasa kes coronavirus dan ancaman baru varian Omcron akan menjejaskan permintaan global pada saat pengeluaran minyak terus meningkat terutamanya di Amerika Syarikat.

Hal ini menyebabkan pasaran minyak mentah kembali dihimpit kebimbangan bahawa bekalan akan melebihi permintaan pada tahun-tahun akan datang.

Ini secara tidak langung mempengaruhi dagangan komoditi hitam untuk terus suram pada sesi Asia, membawa niaga hadapan minyak Brent merosot ke sekitar harga $72.80 setong. Sementara WTI Amerika Syarikat pula susut pada $69.70 setong.

Bagaimanapun, kenyataan ini berbeza pula dengan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang menaikkan unjuran permintaan global minyaknya pada suku pertama 2022.

Turut membebankan dagangan US dolar, adalah pengukuhan dolar greenback yang membuatkan komoditi itu lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.

Dalam pada itu, bekalan minyak mentah AS mencatat penurunan sebanyak 815,000 tong pada minggu lalu, jauh lebih rendah daripada jangkaan pasaraan untuk pengurangan 3.1 juta tong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat