Kepentingan UK Sebagai Prioroti Dalam Perjumpaan Bersama Trump- PM Britain

103

Ketidaktentuan Brexit masih menyelubungi ekonomi UK dengan potensi kepada penangguhan bagi meneruskan proses formal meninggalkan Kesatuan Eropah.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah, ekonomi UK khususnya sektor perdagangan yang akan mendapat risiko dari Brexit jika UK keluar secara rasmi dua tahun lagi dari pasaran tunggal. Hal ini disebabkan kebergantungan UK kepada eksport ke EU yang merupakan rakan dagang terbesar mereka.

Walaubagaimanapun, May telah berjanji dalam ucapan Brexit beliau minggu lepas akan memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama Pasaran Tunggal EU sebelum tempoh dua tahun berakhir sebelum UK secara rasmi meninggalkan EU.

Usaha May untuk mencari dan memeterai perjanjian perdagangan dengan negara-negara lain dilihat semakin berhasil, apabila beliau akan berjumpa dengan Trump pada Jumaat. Trump sebelum ini menunjukkan minat untuk mengikat perjanjian perdagangan bersama UK dalam kenyataan beliau minggu lepas.

Perdana Britain dalam kenyataannya hari ini berpendirian, sebarang perjanjian perdagangan antara UK-US akan memberikan keutamaan kepada kepentingan Britain terlebih dahulu.

Bercakap di Parlimen hari ini, beliau menegaskan pertemuannya bersama Presiden Trump Jumaat ini adalah tanda hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan beliau,”Kita akan membuat perjanjian perdagangan yang lebih baik dari sebelum ini yang akan membawa kepada kekayaan dan pertumbuhan kepada Britain dan saya akan memastikan kepentingan UK didahulukan.”

Apabila ditanya tentang sikap Trump terhadap wanita, May menegaskan, “saya tidak takut untuk bercakap tegas dengan Presiden United States.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat