Kepimpinan Donald Trump Dalam Mengendalikan Penularan Wabak Covid-19 Mendapat Kritikan?

804

Kepimpinan Donald Trump dalam mengendalikan penularan wabak Covid-19 mendapat hujatan oleh pelbagai pihak terutama dari pengusaha.

Kritikan itu diutarakan berikutan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menggunakan sidang media harian untuk menceritakan kejayaan beliau berbanding kebanyakkan pemimpin negara lain yang memanfaatkan sidang media untuk memberi informasi baru mengenai wabak Covid-19.

McCourt yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Granahan McCourt Capital, mengatakan bahawa walaupun perniagaannya telah mendapat manfaat dari beberapa dasar Presiden Trump namun ia tidaklah setimpal berikutan kepimpinan beliau yang kelihatan tidak wajar untuk jangka masa panjang.

Tambah McCourt, secara peribadi beliau tidak konsisten dalam tidakan beliau dan kurang empati, hal ini tidak baik untuk negara dan dunia. Pentadbiran Donald Trump dalam mengendalikan pandemik Covid-19 adalah lemah.

Sehingga pagi Isnin, A.S. kekal sebagai negara yang paling terkesan di dunia berikutan wabak Covid-19, dimana lebih daripada 965,000 kes telah disahkan dan lebih daripada 54,800 kematian tercatat berdasarkan menurut Universiti Johns Hopkins.

Kritikan lain yang dikenakan ke atas Trump ialah mengenai penawaran Covid-19 yang masih menjadi tanda tanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat