Kepimpinan Elon Musk Di Twitter Lebih Buruk Dari Situasi Tergantung Parlimen Malaysia

129

‘Adakah ini bakal memberi kesan kepada sektor teknologi global?’

Pakar teknologi meramalkan Twitter Inc bakal menghadapi masalah besar di bawah kepimpinan jutawan terkaya dunia, Elon Musk selepas berlaku pergolakan tenaga kerja dalaman syarikat.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh jurutera Facebook dan Instagram, Gleen Hope, dengan mengatakan prospek Twitter dilihat kelam dengan kekurangan tenaga kerja pakar semakin berkurangan dalam syarikat.

Umumnya, jumlah tenaga kerja di Twitter mulai berkurangan selepas pemerolehan Musk pada Oktober lalu dengan beliau bertindak membuat pemecatan besar-besaran.

Selain itu, Musk juga memberi pekerja pilihan sama ada mengikuti visi terbarunya yang ‘hardcore’ atau pergi meninggalkan Twitter di mana perkara tersebut menyaksikan sejumlah besar ambil keputusan untuk berhenti.

Dan dengan kekurangan tenaga kerja pakar, maka syarikat terpaksa menggerakkan pakar dari jabatan lain dalam Twitter untuk menguruskan isu yang timbul.

Berbalik kepada Hope, beliau tidak merasakan perkara tersebut akan menyebabkan Twitter ‘terkubur’ namun ia akan mendatangkan masalah dalaman termasuk masalah kefungsian atau penggodaman memandangkan kurang tenaga pakar sesuai.

Disokong oleh saintis penyelidikan di syarikat keselamatan siber Sophos Ltd, Chester Wisniewski, bahawa kerumitan sistem memerlukan pengubahsuaian berterusan malah penyelenggaraan dengan pengetahuan institusi pakar.

Maka, kehilangan jurutera penting yang mempu mengendalikan sistem rumit pada Twitter terutamanya ketika program berskala global seperti World Cup bakal memberi kesan besar kepada Twitter.

Dalam pada itu, Alec Muffett iaitu seorang jurutera perisian dengan pengalaman lebih 30 tahun memberi bayangan bahawa Twitter akan terdedah kepada masalah keselamatan rangkaian dengan banyak tenaga kerja pakar berhenti.

Ia membuatkan Twitter kini terdedah kepada penggodaman yang akan menggusarkan pelabur dan pengiklanan mengenai kestabilan aplikasi media sosial tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat